Wednesday, September 15, 2010

Anuar Zain - Perpisahan

Hanya sasau @ gila yang dapat menghilangan ingatan aku terhadap dia. Kerana masih waras, kenangan selalu datang menujah.

Wednesday, July 21, 2010

Berganti Hati (No Song) (Anggun Channel Video)

Pertama kali dengar lagu ini, berkali-kali aku ulang dan terus ulang. Jadikan senikata nan indah sebagai teman dan kekuatan vokal Anggun memenuhi santapan telinga. Hanya mereka yang melalui, memahami setiap erti bait yang tersirat...

Friday, July 16, 2010

Menaut Silaturahim

Pertemuan petang semalam di Old Town Kopitiam dekat Ampang Point, berlangsung dalam keadaan santai. Di sebalik hujan gerimis tersirat seribu maksud. Detik-detik yang berlalu menyaksikan pertemuan semula keluarga yang terpisah sejak lebih 150 tahun lalu.

Kisah Perang Bendahara, biarlah menjadi rakaman sejarah. Kehadiran Ku Nine, kerabat Pahang, Engku Azuan dari Johor Bahru yang juga bersusur galur dari nasab yang sama dan Datuk Ramona Murad memberi seribu satu makna terhadap penyatuan semula keturunan Bendahara Seri Wak Raja Tun Ali.

Selepas berjaya dalam Perang Bendahara, Wan Ahmad membentuk dinasti memerintah Pahang sehingga ke hari ini. Bagaimanapun nasab kekandanya, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir tidak banyak dicatatkan dalam sejarah secara bertulis. Kalau ada hanya kebelakangan ini, hasil ketekunan kekanda Suzana M Osman, yang juga dari jurai Tun Mutahir. Mungkin sudah tiba masanya selepas mencecah tujuh keturunan, keluarga yang berpecah ditakdirkan untuk kembali berjemaah semula.

Banyak pengajaran yang boleh dititip dari masa lalu. Kisah-kisah yang berlaku bukan lagi untuk diungkit sebaliknya berguna untuk menjadi madah dalam menguat kesatuan ketuanan Melayu. Bak kata pepatah Turki "Sejarah cerminan masa lalu, tafsiran masa kini".

Tuesday, July 13, 2010

Menyusur Salsilah

Tulisan dalam entry sebelum ini mengenai moyang nenek aku, Tun Sharifah menarik perhatian salah seorang kerabat Pahang. Ketika menerima mesej, tanpa berlengah aku menghubungi Ku Nine. Kami berceloteh seolah-olah telah lama mengenali satu sama lain.

Selapis demi selapis kami cuba merungkai siapakah Tun Sharifah. Ia menjadi cabaran kerana semua generasi arwah nenek aku telah kembali ke alam baqa'. Beberapa fakta cuba kami simpul untuk menyokong cerita lisan.

Mak sepupu dan bapa sepupu aku yang juga pangkat piut dan pernah berjumpa dengannya. Tun Sharifah meninggal di kala berusia 112 tahun, di sekitar tahun 50 an. Ketika itu dia telah nyanyuk dan bila petang akan menyebut-menyebut ingin balik ke istana. Dia pernah berkhidmat dengan almarhum Sultan Zainal Abidin III kerana menjadi pengasuh kepada almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, nenda kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Cerita lisan yang disampaikan kepada kami dari generasi ke generasi, arwah menceritakan yang dia kaum keluarga Engku Tanjung dan pangkat sepupu dengan Tengku Ampuan Pahang.

Galakan dari Ku Nine mendorong aku menyiasat siapakah Tun Sharifah. Kesempatan itu tiba bila berjumpa Ayah Chik Cheng, bapa sepupu aku di IJN. Walaupun dalam menerima rawatan Ayah Cheng masih memberi kerjasama. Akhirnya dapat maklumat tambahan dan petunjuk penting.

Tun Sharifah sempat bercerita yang ayahndanya bernama Tun Mutahir....Oh, ini fakta mengejutkan. Berdasarkan maklumat itu, aku menghubungi Ku Nine dan dia bercakap sendiri dengan Ayah Cheng.

Sejurus selepas itu, Ku Nine telefon semula dan memaklumkan aku, salah seorang anak Bendahara Tun Mutahir, yang dikenali Engku Nit @ Sonit tidak diketahui.

Jika maklumat ini benar, terdapat kemungkinan Engku Sonit dan Tun Sharifah adalah orang yang sama. Salah seorang daripada tiga orang anak perempuan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dua yang lain dapat dikesan. Engku Chik berkahwin dengan Sultan Abu Bakar, Johor. Engku Puan berkahwin dengan Sultan Mahmud Lingga. Kalaulah itu menjadi fakta, bukan sesuatu yang pelik kepada Engku Sonit untuk bermastautin di Kuala Terengganu kerana di situ masih ramai kaum keluarga Bendahara dan kemudian berkahwin dengan Ismail. (ada sumber kata nama sebenarnya Tun Ismail dari Pulau Duyong. Dari perkahwinan ini melahirkan oneng kami Hajjah Nik). Hal yang sama juga dilakukan Tengku Safiah adinda kepada Sultan Mahmud. Dia tidak kembali ke Lingga selepas Raja Mongkut mangkat. Sebaliknya bermastautin di Kuala Terengganu dan berkahwin lain.


Perang Bendahara antara Tun Mutahir dengan adindanya, Wan Ahmad yang kemudian dikenali Sultan Ahmad 1 Pahang menyebabkan banyak keluarga terpisah. Mungkin sudah tiba masanya, jurai yang bercerai dicantum semula.

Tuesday, June 22, 2010

Perpisahan

Di kala insan lain menikmati kemanisan mimpi, mata ini semakin segar menemankan aku. Tetiba lagu ini berkumit di mulut. Jari bertemankan tembakau tanpa secangkir kopi, aku merenung sepuasnya ke lebuhraya. Hutan masih berbalam kehijauan walaupun dalam kepekatan. Naluri bersuara, atas nama perpisahan biarlah masa menghakimkan segalanya....atas fitrah alamiah, aku tidak akan mendendami, walau bertalu ditipu. Aku tetap sisipkan doa, semoga kebahagiaan dia berpanjangan....

Thursday, June 17, 2010

Kembali Semula

Lama sekali blog ini ditinggalkan. Tetapi ia tidak bermakna, ia disisihkan. Sebolehnya aku tidak ingin menggunakan masa sebagai kekangan. Masa tetap ada, cuma kudrat akal dan jasad amat terhad. Sepanjang tiga bulan lalu, banyak sekali kisah yang boleh dimadah. Semoga apa yang cita terlaksana.

Perjalanan selama 18 hari ke City of Angel, yang kemudian menjadi medan berdarah perlu dikisahkan. Di sebalik kesibukan di siang hari, masih ada masa untuk bercengkerama. Tetapi bukan dengan kupu-kupu malam. Kunjungan ke Bangkok kali ini, menemukan semula dengan ARO. Ia sesuatu yang menyentuh perasaan selepas berbelas tahun kami membawa diri.

Di malam hari juga aku aktif berchatting, sesuatu yang luar biasa berbanding sebelum ini. Ketika itu, aku disapa Tg Ismail Tg Su, cicit almarhum Sultan Zainal Abidin Ketiga. Dia yang aku panggil Ayahku mengingatkan aku tentang perkahwinan Cha Choam Sufiah atau Tengku Sufiah dengan Raja Mongkut, pada 1857. Dia yang juga bonda saudara Sultan Zainal Abidin menjadi korban percaturan politik.

Ketika itu, Tengku Sufiah mengikuti kekandanya, Sultan Mahmud Riau-Lingga yang diturunkan takhta oleh Belanda. Dia cuba mencari pengaruh Siam untuk kembali berkuasa. Nasib malang menimpa Tengku Safiah apabila kejelitaannya dipandang Mongkut. Dia menjadi salah seorang daripada berbelas gundik Raja Siam.

Cerita yang disampaikan kepada kami, perkahwinan itu tidak melahirkan sebarang zuriat. Tengku Safiah ke Terengganu selepas Mongkut mangkat. Dia akhirnya dikahwinkan sekali lagi dengan Ku Din Molek @ Ku Din Comel, seorang kaki perempuan di zamannya. Perangai Ku Din yang keterlaluan menyebabkan Sultan Zainal Abidin mengarahkan supaya bapa sepupunya dibunuh.

Generasi lama keluarga diraja Terengganu dan Riau-Lingga menyimpan versi tersendiri mengenai Tengku Safiah. Ia satu kisah tragis sebagaimana nasib yang menimpa Sultan Mahmud Lingga yang kemudian mangkat di Pekan, Pahang.

Bandaraya Bangkok bukan asing bagi kami. Sesekali bila bertandang, aku cuba membayangkan generasi lama kami pernah berada di situ. Sama ada dari jurai Pattani atau Riau Lingga. Kedua elemen itu, aku warisi dari sebelah Tok Ki.

Banyak sekali cerita mengenai Bangkok. Aku percaya tanpa hikayat malam, banyak lagi kisah menarik dipaparkan.

Tuesday, May 4, 2010

Biarlah

Jari-jemari ini seolah kematu untuk menulis blog, mungkin lama aku tinggalkan. Sekalipun ada idea bertandang, masa amat menghadkan. Sejak pulang dari Bangkok, aku berterusan bekerja. Kepenatan ada, tetapi jiwa ini begitu menyintai kerjaya.

Aku tidak tersentak apatah lagi melatah bila terdapat seorang ini mengatakan aku "bodoh" dan hanya orang yang bodoh dihantar membuat liputan tunjuk perasaan di Thailand. Biasalah si mulut jahat @ longkang.

Sebodoh-bodoh aku mampu membuat berita dari pandangan aku sendiri. Tidak setakat cut and paste....aku masih mampu menemuramah dalam bahasa Inggeris dan juga Arab. Sedangkan orang yang mengutuk, hanya setakat bahasa Melayu yang masih berbunyi kekampungan. Dulu hendak tunjuk lagak dan pandai depan aku....bersembanglah dengan mat salleh. Mula-mula dengar pertanyaan dia, aku sesak nafas dek tercekik air liur.
" Where you go sir?.....

Fikirlah sendiri, di tahap mana penguasaan bahasa Inggerisnya.

Akhirnya kerana tidak ingin dilihat bodoh...aku menyampuk mat salleh berkenaan dan meneruskan perbualan sehingga aku sampai ke Paris. Si bangang ni diam dan terus diam...kerana perbualan aku turut diselit dengan bahasa Perancis, aku pernah belajar bahasa itu.


Ohhh lupa, insiden itu berlaku ketika yang berkenaan menumpang aku bercuti di Perancis. Masa tu dia dan geng dia bukan main baik, maklumlah tidak pernah jejak kaki di Eropah. Nyata kebaikan mereka hanya lakonan. Masa sampai di Lapangan Terbang Charles de Galle bukan main berlagak salji tidak, panaspun tidak tetapi dengan penuh yakin mengayakan spek mata hitam, yang tiruan pulak tu...malu aku. Tetiba telinga aku terkasima mendengar pertanyaan.

"Ada nasi ke kat sini?'...

Bila aku jumpa suku sakat aku, aku masih ingat kedengaran di hujung telinga, kata-kata salah seorang daripada mereka.

" Oooo dia ada saudara kat sini, mat salleh...model terkenal kat KL tu saudara dia".

Aku pekakkan telinga. Kerana itu prinsip menjauhkan diri dari perasaan riak dan takabur.

Dua tahun lalu percutian aku di Eropah sebenarnya tidak kesampaian. Dalam erti kata lain, ia tidak mencapai kepuasan. Aku telah dipergunakan oleh Si Jakun.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, aku terima balasan daripada yang berkenaan. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka, tidak bertegur sapa dengan aku. Kedengaran cerita yang kurang enak. Rupa-rupanya, dua ekor ni tidak puas hati kerana tidak memasukkan perjalanan ke Venice dalam jadual percutian kami dan semasa di Barcelona aku membantah untuk menukar laluan ke Venice.

Jawapan aku mudah, kalau rasa nak pergi..uruslah sendiri, jangan babitkan aku, kerana Barcelona bandar seni. Aku perlukann masa untuk menghayati keindahannya. Mereka sebenarnya tidak tahu berdikari. Terdetik dzan yang mereka mengambil kesempatan. Tetapi ketepikan rasa buruk sangka.

Sebenarnya sebelum bertolak aku bukannya baik sangat dengan makhluk ni. Bila mereka dengar rancangan aku dengan senior sorang lagi untuk bercuti, mereka datang approach....tetapi kesudahannya hampeh.

Aku juga manusia, ada kelemahan tetapi kekurangan itu telah diperbesarkan walhal kealpaan mereka aku terus sembunyikan.

Dan siang tadi sewaktu di pejabat, seorang ini terus mengata di belakang. Kenapa persoalkan kerja aku? Tengoklah diri 9 tahun kerja mampukah menguasai pelbagai genre kewartawanan seperti berita am, luar negara dan bisnes. Hanya setakat satu bidang sahaja, itupun nak tunjuk hebat....pernah suruh buat liputan pilihanraya, merungut mengalahkan betina. Dia bising sebab tidak tahu nak buat kerja, peel ala-ala Cik Kiah mana boleh lasak mental dan fizikal. Semoga dengan sikap busuk hati yang berkenaan akan dipulangkan ke unit berita am, sebenarnya dia lupa selama ini dia dipinjamkan.

Kata-kata nista, tohmahan dan fitnah akan ada kesudahannya. Semoga Allah melapangkan dada untuk lalui ini semua. Demi hari esok yang lebih baik aku yakin yang dugaan ini, ada hikmahnya.

Tuesday, March 30, 2010

Mencipta Damai

Segala-galanya berlaku secara kebetulan. Dua sahabat karib aku menunaikan umrah dalam bulan yang sama dan pada minggu yang sama, cuma penerbangan yang berlainan. Yang pasti di hati masing-masing terbungkam sesuatu yang juga ceritanya hampir sama. Seorang di ambang perceraian dan seorang lagi telah melepasi proses itu. Syukur di sebalik dugaan terpana hasrat untuk mencari kekuatan di bumi yang penuh kerahmatan.

Kedua-dua mereka menjadi tetamu Allah. Bagi insan sejahil aku, tiada saat paling indah kecuali bertelingkuh menghadap Kaabah. Kala itu, tinggalkan segalanya, merasa betapa rapat hubungan antara yang dicipta dengan Sang Pencipta.

A.H, seorang peguam yang memiliki beberapa firma guama. Telah lama kami berkawan. Aku memahami situasi yang dialami. Minggu lepas sewaktu makan tengahari yang secara kebetulan dia ada kes di KL, aku dan kawan-kawan yang lain cuba kuatkan semangatnya untuk terus mempertahankan perkahwinan yang menjangkau 10 tahun.

Dia yang juga rakan sepermainan, sebolehnya cuba menjadi suami yang baik, soleh dan bermaruah. Aku perhatikan sejak berkahwin, kenakalannya semakin berkurang. Paling ketara solat dan penerampilan amat berbeza. Dia yang pandai mengaji dan berzanji sebenarnya menjurus ke arah kehidupan yang lebih baik. Tetapi rintangan yang berlaku menjadi penghadang yang silap perhitungan boleh menguji keimanan.

Malang sekali dengan bungalow, estima dan BMW7 series, itu semua masih belum mampu memberi jaminan yang perkahwinan akan selamat dari badai. Si isteri akhirnya menuntut cerai tanpa ada alasan yang munasabah....

Pada perjumpaan minggu lalu bersama dua rakan kami yang lain, dia cuba menahan kesedihan. Untuk menghiburkan hati A.H menyuarakan kepada kawan aku yang juga seorang banker, untuk tukar BMW7 series ke BMW5 series....Aku dengan kawan aku seorang lagi, pandang memandang satu sama lain. Lie kau ambik kereta aku tu...dan si banker menyamput, aku boleh arrange untuk kau buat loan. Bulan-bulan RM2700. Aku yang tercekik air liur terus menjawab, kalau bulu %&*$# emas bolehlah aku pakai.

Sewaktu blog ini ditulis, A.H telahpun berada di Madinah, beribadatlah sepuas hatimu, pintalah semau hatimu apa yang terbuku. Insya Allah akan termakbul. Aku tahu apa yang engkau lalui dan sebolehnya aku tidak ingin engkau menempuh kesukaran lagi.

Kepada seorang lagi sahabat M.S, yang berlepas pagi tadi, aku sebak sewaktu menaipkan teks sms semasa mengirimkan doa. Aku sedih mengenangkan nasib kau sahabat. Tetapi kau begitu tabah. Kekuatan kau sememangnya luar biasa. Paling menakjubkan kesabaranmu. Terus terang, kau mempunyai kehebatan. Tetapi ketika air mata kau berderai, aku memahami yang kau cuba memamah kepahitan. Adakala kita akrab kerana banyak berkongsi cerita. Paling tidak nasib lelaki yang ditinggalkan.

Pagi tadi juga aku memeluk Aishah dan Emran, 16 dan 14 tahun yang akan menunaikan umrah petang ini. Aku bisikkan jangan lupa doakan uncle dan buatkan umrah untuk arwah ayah ( sepupu aku, Ezral Husin, pegawai tentera meninggal dunia ketika usia 27 tahun ketika dalam latihan untuk dinaikkan pangkat ke mejar, dia meninggal sehari selepas Emran dilahirkan). Berbanding Emran, si kakak, Aishah lebih rapat dengan aku. Dulu kerana keakraban dengan anak yatim, aku menjadi sasaran cemburu. Kini masa menjadi neraca kebenaran, telahan dan rasa ragu Kay hanya mainan. Selain Aishah dan Emran, aku ada lima lagi anak yatim piatu....tidak banyak aku harapkan daripada mereka, cukuplah sedekahkan fatehah bila aku tiada nanti.

Friday, March 5, 2010

Bila Tiada Pekerti

Tidak seperti orang lain, semakin aku berusia, semakin kurang berkawan. Itu pilihan dan itulah keputusan yang termaktub. Biar aku ramai kenal orang tetapi, tidak bermakna aku mudah dirapati. Sejak awal tahun ini, ia semakin ketara. Makan tengahari, minum petang, solat Jumaat dan macam-macam lagi, kini lebih selesa sendirian.

Entahlah, di permulaan usia 40 an, aku semakin serik dengan hari-hari yang berlalu. Penangan si penipu, kata-kata manis dan sandiwara, membulatkan hati. Nyata hari-hari yang silih berganti menyaksikan nasib baik tidak memihak kepada aku.

Wajarkah aku ketepikan keegoan semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Perlukah aku menjaga tutur kata dan tingkahlaku di atas nama berbudi bahasa. Adakah itu yang dinamakan pengorbanan? Yakni sentiasa memberi hatta diperlekehkan. Yang merendah sentiasa ditindas dan yang meninggi sentiasa di atas. Adakah ini yang dinamakan fitrah kehidupan?

Di mana musibah untuk dijadikan pengajaran jika diri tidak henti-henti dicari kesalahan. Adakah semakin mendiamkan diri, bertambah galak khabar berita yang dusta? Kudrat ragaku tidak lagi mampu bertahan di atas tujahan ini semua.

Tika diuji dengan nista, adakah yang dilalui ini hamparan mazmumah dalam mencari mahmudah. Berkali ku pujuk diri, akan ada nanti nian yang menerangi jalan. Tetapi filasi itu adakah kebarangkalian.

Tongongkah mereka kerana tidak henti-henti meretus kesabaran orang lain. Bukannya bacul jika aku semakin mendiamkan diri. Jika ada ruang, bertanyalah pada diri kalian, apakah kesudahan fitnah ke atas insan yang cuba mencari jalan pulang.

Bait-bait kata bukannya baja kebaikan, tetapi onar yang menjadi onak. Yang berkudis kian bernanah.

Apakah kelebihan diri menjadi penghalang sehingga aku terus menjadi buah mulut kalian. Jika itu menjadi ukuran, ia adalah anugerah Tuhan. apa yang dilakukan selama ini untuk menyempurnakan tugasan. Malang semalangnya, bila peribadi diserang selepas mereka kekikisan umpatan. Aku cuba ketepikan waham, tetapi itulah mereka tidak akan berhenti mengata.

Sepatutnya mereka yang melagukan kisah aku, bersyukur kerana tidak menempuh dugaan sebegini. Jika perkahwinan aku tidak berkesudahan biarkan saki baki ruang selebihnya untuk mencari rezeki dan membina kerjaya diri. Adakah kalian akan terus menderita selagi tidak melihat kehidupan aku bernoktah? Atau merasa lara jika aku terus berada di sini.

Kepada rakan sebaya yang berpangkat, tidak cukupkah keburukan aku ditambah untuk kalian mendapat perhatian dan kedudukan? Kepada si marhain yang berselera besar dan perempuan yang terperangkap dalam jasad lelaki (maknanya si pondan), mulut kalian amat busuk. Karma tidak pernah dusta, sama ada pengajaran atau pembalasan akan tiba kecelakaan sebagai imbuhan kejahatan.

Friday, February 26, 2010

Makang Sarok

Berbeza dengan negeri-negeri lain, kemewahan sumber laut menjadikan Terengganu kaya dengan pelbagai makanan berasaskan ikan. Kawan aku dari NTV7 yang lama tinggal di luar negara, ke Terengganu pada cuti Tahun Baru Cina, terkejut badak bila lihat orang Terengganu makan ikan, sebagai snek minum petang. Ikang Celup Tepung memang menjadi juadah biasa. Itu tidak kira kherpok gondel (idgham kena betul)pais, sata, otok-otok dan sarok.

Tidak seperti kherpok gondel, pais, sata otok dan sarok menggunakan rempah ratus dan dicampur dengan kelapa muda. Cara penyediaannya juga berbeza. Pais, sata dan otok-otok dibakar. Tetapi sarok berlainan kerana ia dikukus.

Sarok ada dua jenis. Sarok ikang dan sarok lade.

Dulu di masa 708 berada di kemuncak, kerja Che Jah dan anak dia, Che Nik giling rempah. Tetapi di kebanyakan masa nenek aku akan buat sendiri. Alasannya, air tangan tidak akan sama.

Itu cerita dulu. Sekarang hendak makan sarok memang payah. Jenuh aku bertanya dengan keluarga yang lain, masalahnya mereka juga sama dengan aku. Zaman dulu-dulu ada tukang masak. Jadi mereka tidak ambil kisah sangat, bila nak makan tau arah aja.

Puas mencari, akhirnya aku mendapat resepi dari keluarga aku yang berusia. Syukur sekurang-kurangnya ia tidak pupus. Tidak seperti resepi sayur che' bek (sayur keladi yang dimasak dengan isi ikan panggang dan udang kertas)gulai ikang duri, apam kuoh(apam beras warna perang dan dimakan dengan kuah ikan yang dicampur kelapa muda), ti sok me, taming sari, che abbas demam, colek telur dan banyak lagi...semuanya pergi tanpa dicatatkan.

Kehebatan Wan memasak memang superb, kerana Wan mula ke dapur seawal usia 7 tahun. Selepas emak kandung meninggal dunia dan moyang aku kahwin lain, Wan dihantar ke rumah datuknya, Engku Kelana Terengganu @ Tok Ku Tuan Nanung di Chabang Tiga. Di situ Wan belajar memasak selain mendapat pendidikan agama. Itu cerita 85 tahun dulu. Setiap kali teringin makan yang sedap, aku terbayangkan Wan. Walaupun telah meninggal dunia 9 tahun lalu, aku tidak pernah merasa jauh dengan Wan.

"Nanti bila Wan meninggal jangan bagi kubur tumbuh lalang".

Amanat itu aku tunaikan sampai sekarang. Setiap kali pulang, aku bertelingkoh di tepi kubur. Sambil membaca fatehah aku bersihkan rumput di sekeliling kandang. Semasa arwah hidup, aku bersyukur kerana diberi peluang menemani Wan di saat dia kesepian dan di ketika itu aku menjadi pelarian dek masalah hidup.

Sebenarnya semalam aku bermimpikan Wan dan itu sebenarnya mendorong aku buat Sarok.







Campurkan isi 5 ekor ikang kembung, sebutir nyior mude, 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, seinci lengkuas, 2 sudu ketumbar, sesudu jintan manis dan sesudu jintan putih Lepaskan kita mulakan senaman.




Pertama kali menggunakan batu giling(jumpa semasa 708 telah dirobohkan). Berpeluh dan berjeluah (berkecah). Yang penting aku mendapat hasil yang memuaskan. Che' Ngah Mek tidak bagi pakai blender. Katanya nanti sarak khersal(rasa berpasir kerana kelapa mudah payah lumat)


Campurkan cili, asam jawa, garam, gula kabung@ gula melaka, daun kesum dan belacan. Kombinasi rasa mesti sama ada pedas, masin, masam dan manis.



Selepas gaul dengan sebati, macama ini rupa sarok yang belum dikukus. Dulu masa kecik-kecik aku suka makan mentah. Selalu kena marah sebab suka cepelak (curi makan @ ambil makan dengan cara sembunyi-sembunyi)

Lepas tu kukus dalam 15 minit. Sewaktu hantar rumah kakak aku, dia kata dah lama aku nak makan tapi tak tahu nak cari kat mana. Ni kau beli kat mana? Aku cakap aku buat, kakak aku terkujap.

Monday, February 22, 2010

Damai Di Sana

Hari ini, genap 18 tahun kembalinya ke rahmatullah, penyanyi tersohor tanahair, Sudirman Haji Arshad. Sepanjang tempoh pemergian allahyarham, lagu-lagunya sering mendampingi jiwa peminat.

Kehadiran beliau di persada seni, dalam pakej yang hampir sempurna. Cerdik, bijak, rendah diri, berwawasan dan banyak lagi. Dia dipinjam untuk dikongsi seketika.

Lagu Selamat Tinggal dan Patah Hati, menjadi kesukaan aku. Dulu aku melayan lagu Patah Hati sampai sebak dan menitis air mata. Aku personafikasi lagu itu sebagai sebahagian perjalanan hidup aku. Kerana itu, lagu itu sentiasa bersama dan dimuaturun dalam i-pod aku.

Irama aslinya amat mendayu...Rashid Sibit selalu jadikan lagu tema dalam drama arahan beliau.


Patah Hati Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan

Patah hati ku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri tak tentu haluan

Ku harap janjimu
Bahagia selalu
Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah di tengah jalan

Hendak diulang...Hendak diulang
Resah menanggung
Sayang
Kenanglah jangan
Kenanglah jangan disebut pun jangan
Hancur hatiku
Di dalam nestapa
Mengenangkan nasib
Mengenang nasib diriku malang( 2 X )

Maksud hatiku
Maksud hatiku
Bahagia bersama
Sayang
Apakan daya
Diriku miskin
Harta tak punya

Ingin ku petik
Bintang yang tinggi
Sayang
Tanganku hangus
Tanganku hangus disambar petir

Dir, al fatehah semoga ditempatkan di sisi mereka yang beriman dan beramal soleh.

Wednesday, February 17, 2010

Hilang Tak Berganti


Lagi bangunan lama di Terengganu dirobohkan. Kali ini yang menjadi mangsa, sederet rumah kedai yang setentang dengan Pasar Kedai Payang. Bangunan batu yang berusia lebih 120 tahun.

Dengan angkuh, 35 kedai di bangunan dua tingkat itu dirobohkan walaupun mendapat bantahan ramai peniaga di kawasan tersebut.

Apa hendak jadi dengan pemikiran ahli politik terengganu. Kejahilan sejarah dan akar umbi membunuh warisan bangsa. Mereka lupa yang pembangunan bukan bererti meroboh benda lama dan menggantikan dengan yang baru. Bangunan kedai batu di Chabang Tiga, lenyap. Jalan Patani hilang, Kampung Daik tinggal lesap, Kampung Aur pupus.

Nyata Menteri Besar, Datuk Mohd Said, mengulangi kesilapan Idris Jusoh lakukan. Dulu pembinaan apartment di Ladang Sekolah meranapkan rumah kaum keluarga aku yang mempunyai keunikan tersendiri. Satu ketika dulu kami pernah berada dalam lingkungan istana dan rumah di kawasan itu, sebahagiannya mempunyai kaitan dengan keluarga bangsawan Riau-Lingga dan Pahang.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam kenyataan akhbar sebelum ini berkata, tindakan meroboh bangunan tersebut penting agar bangunan usang dan uzur tidak lagi mengisi pemandangan di Kuala Terengganu. Bagi aku, ia satu kenyataan orang yang mata buta sebelah, tidak melihat subjek dalam bentuk estatik. Bodohkan dan secara terus terang MB Terengganu menggambarkan dia tidak mempunyai semangat jatidiri. Bukan mengutuk, tapi itulah hakikatnya.

Banyak kenyataan yang dibuat sebelum ini, menggambarkan tindakan yang tidak bijak. Aku tidak faham apa yang dia belajar di USM dulu. Mungkin dulu masuk u atas kuota Bumiputra, kemudian ceburi politik, bernasib baik dan dilantik jadi MB.

Sampai bila berdiam diri melihat warisan Terengganu terus diratah kebuasan nafsu segelintir pemimpin politik? Banyak sekali tempat lama yang mempunyai nilai sejarah di Terengganu, khususnya Kuala Terengganu terbiar. Mungkin ramai yang masih ingat pokok Pauh depan kedai Yamada, depan stesyen bas sekarang, apa dosa ditebang sedangkan pokok berkenaan berusia lebih 100 tahun. Di situ terdapat makam kerabat dan pembesar tetapi dibiarkan sehingga tidak berpagar.



Kenangan tersendiri di Kuala Terengganu yang dulu cukup indah dan menarik sedikit demi sedikit semakin hilang atas nama pembangunan. Lihatlah apa jadi dengan Pulau Duyung dan Pulau Wan Man.

Aku percaya untuk cemerlang, Terengganu perlu dipimpin mereka yang berkaliber dan berwawasan. Bukan tiada pemimpin boleh diketengah tetapi budaya peteh keting amat dasyat. Aku yang tidak berminat berpolitikpun, merasa tempias. Mentaliti memandang lekeh pada orang lain masih menguasai sebahagian besar mereka yang dipilih memegang kuasa.

Yang berkenaan lupa, Terengganu perlukan sentuhan mereka yang berada di luar dan bersifat terbuka dengan mengenepikan sikap "gong"untuk terus bersaing. Paling penting, pentadbiran Terengganu pernah cemerlang di bawah nenek moyang kami. Ia dilakukan tanpa merosakkan budaya Melayu, sebaliknya memperkaya apa yang ada. Lihatlah...bagaimana pemindahan teknologi perahu Pinas yang dimiliki masyarakat Brittany di Perancis, dibawa ke Terengganu. Ia pernah menjadi negeri termaju ketika itu. Malangnya itu cerita lebih 150 tahun dulu. Dengan latarbelakang beliau, pada masa tu di mana agaknya keluarga Mohd Said..... fikirlah sendiri.

Tuesday, February 16, 2010

Senam dan Diet

Sejak balik dari tugasan di Selatan Thailand, aku tidak ketepikan rutin harian. Senaman dan diet. Pemakanan aku lebih kepada bijirin protein dan buah-buahan. Selepas hampir sebulan, ia banyak membantu. Selama 2 minggu kebelakangan ini aku berjaya kekalkan berat badan di bawah 67 kg. Ada 500 gram lagi yang perlu aku kurangkan.




Keputusan ini, aku ambil semalam. Aku berpuas hati kerana banyak perubahan berbanding bulan sebelumnya. Ada lemak 200 gram lagi yang perlu aku bakar. Ini mesti di bahagian perut. Selepas berat badan turun, aku kena tumpukan bahagian itu. Tetapi ia perlu dilakukan dengan berhati-hati, jangan sampai tidak boleh bangun, nanti naya sebab bulan depan ada perancangan cuti panjang. Kesakitan tulang belakang aku sekarang memang di tahap minimum. Ia bukan sembuh sepenuhnya. Jadi aku sentiasa beringat, jangan belasah sembarangan. Dah serik terlantar di hospital.

Tadi aku work out di gym dalam 1 jam setengah. Dapat bakar 550 kalori. Selepas jumpa member masa belajar di UKM, dekat Bangi aku pergi berenang. Dapat 20 laps atau lebih kurang 350 kalori.

Tidak puas hati, aku sambung lagi di gym. Tetapi badan dah rasa penat. Sebenarnya aku tidak lunch hari ni. Aku terlupa. Sebab sebelum tu breakfast di O'Brien. Semasa jumpa bekas agen insuran aku cuma minum kopi o. Kemudian work out macam nak giler. Aduh nasib baik tidak pengsan.

Selepas jam aku 9 malam, otak aku dah beri signal nak makan nasi lemak, hatipun desak benda yang sama, nasi lemak, perutpun kata teringin nasi lemak. Tanpa fikir panjang aku ke The Curve. Lokasinya, Uncle Lim. Ketika memasuki parkir, pandangan aku terjojol pada gelagat beberapa anak muda yang mana ada antara mereka aku kenal. Ralit juga perhatikan gelagat"urban".

Lupakan mereka. Itu semua tidak menjejaskan selera aku. Nasi lemak oh nasi lemak. Ketika ingin menyuap aku teringat pesan Kevin Zahari, bekas instructor Akademi Fantasia, kita boleh makan apa yang kita suka tapi ada syaratnya. Kenalah bakar semula kalori tu. Sambil tu aku terus ngap....esok masih ada, tapi sempat ker nak bakar 850 kalori?

Monday, February 15, 2010

Mimpi

Sebaik selesai entri Monolog, aku rasa mengantuk. Walaupun sedikit terbeban dengan masalah tugasan, perlahan-lahan kelopak mata jatuh. Akhirnya terlena.

Perpindahan ke dunia fantasi indah sekali, sehinggakan aku menyesal kerana terjaga dari mimpi.

Ulitan sehingga ke pagi membawa aku pergi jauh, beribu batu dari Kuala Lumpur. Khayalanku akhirnya berlabuh di Perancis. Mungkin selama ini getar jiwa terpaut di bandaraya romantis, Paris.



Seperti di alam realiti dan sebagaimana kunjungan sebelum ini. Kedatangan disambut saudara aku yang bermastautin di kota itu. Sapa lagi kalau bukan Boyeh dengan Pok Amid.



Bila dihitung, hampir dua tahun aku tidak ke sana. 2 bulan lepas Timah ke sana menghantar Sofea, anak buah aku yang tengah tungggu SPM, untuk belajar Bahasa Perancis, mungkin selepas ini giliran aku. Sapa tahu...yang penting kantung berisi. Kalau setakat kosong alamaknya tak ke mana...terus di alam mimpi.





Puas termenung selepas terjaga, tetiba mata aku terpandang alat kawalan penyaman udara. Aku dekatkan dengan mata yang cemei....ohhhh 16C, aku tertekan suhu serendah itu...Sambil senyum di bawah lingkaran blanket, aku gelak...Macamana tak mimpi pergi Perancis, suhu kat bilik sejuk gilerrrr. Cinabeng betul.

Sunday, February 14, 2010

Monolog

Aku tidak sunyi di siang hari. Tetapi kedatangan malam adakala menjadi igauan. Sejak sekian lama, mentari yang terbenam menjadi sesuatu yang merengsakan. Syukur akhirnya sedikit demi sedikit aku mula menerima situasi ini.

Di tirai 40an, banyak perkara yang belum dicapai. Ada benda yang masih jauh. Kekadang terasa seperti semalam di sekolah menengah dengan kacamata bulat. Segalanya pantas berlalu, sehinggakan adakala aku ditinggalkan masa.

Pedulikan si mulut jahat berkarya mencela orang lain, nista mereka tidak selamanya menjadi kudis. Walaupun kehidupan masa lalu pernah kecundang sehingga terhumban, ia bukanlah hukuman yang membataskan untuk menjadi manusia baik. Sejujurnya di usia sebegini, aku percaya ramai rakan yang lain tidak lagi mengharapkan perkahwinan untuk melengkapkan kehidupan, walaupun ada yang bercita-cita untuk mempunyai zuriat sendiri.

Adakala sementara menunggu secangkir kopi habis, ada perbualan antara kami, apa kesudahan sang bujang terlajak, anak dara tua, bapa tunggal, ibu tunggal, nafkah anak dan lain-lain lagi. Sebenarnya kehidupan ini bukan milik insani. Kita merancang Tuhan yang tentukan.Banyak sekali pandangan dan rumusan. Paling penting, sebolehnya kita berusaha pulang sebagaimana dalam keadaan kita datang. Ertinya sewaktu datang ke alam fana' dalam keadaan bersih dan semoga pulang ke alam baqa' dalam keadaan redha dan diredhai.

Sedih dan getus hati melihat sang ayah atau ibu dibiarkan sendirian menghadapi hari-hari tua. Walhal mereka mempunyai zuriat. Bak kata kawan aku, di rumah kebajikan, ramai orang tua yang dibuang anak sendiri. Itu ujian yang bukan mudah dan setiap satunya terkandung makrifat dan iktibar.

Dan aku dengan kisah aku. Sejujurnya, aku membuat persediaan menghadapi hari tua sendirian. Mungkinkah ia noktah yang bertitik?

Sebolehnya, aku harap ia tidak akan menyusahkan sesiapa. Masa-masa yang berlalu tidak akan berulang. Semoga bila tiba saat-saat sebegitu kekosongan jiwa bukan lagi tanggungan. Jika diberi ruang dan peluang, ingin sekali mengakhiri hidup dengan penuh ketenangan sambil menunai apa yang dimpikan.

Sementara menuju saat itu aku melihat kebahagiaan dalam bentuk prisma. Kebahagian ibarat cahaya yang berserak dengan pelbagai warna. Ia subjektif dengan makna dan tafsiran.

Dunia ini indah. Lantaran itu, jangan sesejali dibiarkan kesilapan lalu kekal sebagai conteng yang tidak boleh dipadam. Kehidupan adalah peluang. Malangnya, ramai antara kita masih terikat dengan stigma, yang kesalahan akan kekal sebagai kesalahan.

Ramai yang bertanya, tidak sunyikah hidup sebegini. Banyak jawapan yang boleh digarap dan dipecah bahagi. Paling penting aku tidak hidup untuk mengemis simpati dan kasih. Jauh sekali menagih dari yang tidak sudi. Aku tidak berani menggunakan perkataan sumpah tetapi seikhlasnya, dalam usia yang menghala ke senja, sebolehnya aku ingin sendirian. Cukuplah ditipu, dipermainkan dan yang sewaktu dengannya. Watak-watak drama amat berat. Hakikatnya perjalanan selama ini membebankan.

Aku tidak pernah takut menempuh hari-hari mendatang kerana itu fitrah kehidupan. Tetapi masih ada perkara yang merisaukan. Selain amal ibadat, kesihatan juga tidak boleh dipandang ringan ....aku sering panjatkan doa seandainya umurku panjang ia tidak akan menyusahkan sesiapa.

Seandainya umur pendek, aku munajat perpindahan ke alam baqa' diambil sewaktu berada bersama insan-insan yang dipinggirkan. Biar aku bersemadi bersama suara kemanusiaan yang bencikan penindasan dan peperangan. Ia sebenarnya menjadi kunci ketabahan aku untuk terus kekal dalam kewartawanan. Selama inipun, jiwa ini tidak pernah berenggang dengan mereka. Jika ia berlaku, kebumikan aku di situ.

Friday, February 5, 2010

Perjuangan Belum Selesai

Sejak 2004 krisis di Pattani, Yala dan Narathiwat mencuri tumpuan masyarakat antarabangsa. Segalanya, berpunca tindak tanduk bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Terkini, angka kematian yang dicatatkan mencecah 4100 jiwa. Dengan angka korban yang bukan calang-calang, tiada tanda menunjukkan, konflik berkenaan akan berakhir.





Kesan tembakan di Masjid Gerisek, menjadi bukti yang Siam selamanya akan menzalimi penduduk Melayu Pattani


Di sebalik realiti yang berlaku, harapan rakyat yang majoritinya terdiri daripada penduduk Melayu dan beragama Islam supaya keadaan kembali aman tidak pernah pudar. Tetapi persoalan yang timbul sejauh mana ia dapat direalisasi.







Apa salah mereka sehingga ditembak sewaktu sedang menunaikan solat Subuh, seorang bekas tentera Thailand mengaku bertanggungjawab dan menyerah diri di Bangkok bulan lalu. Sehingga sekarang kes ini terus sepi.

Selain angka korban yang tinggi, sepanjang tempoh 6 tahun lalu, tidak kurang 50 ribu penduduk wilayah itu menerima pelbagai kesan akibat keganasan. Lebih perit 1600 menjadi balu manakala 4000 kehilangan ibu atau bapa.


Situasi yang berpanjangan, menimbulkan tanda tanya, apa akan jadi dengan masa depan penduduk yang 80 peratus terdiri daripada masyarakat Melayu dan beragama Islam?.


Selepas lebih sekurun kuasa Raja-Raja Melayu dan hak pribumi dihapuskan, rasa tidak puas tidak pernah susut walaupun Siam cuba menelanjangi identiti itu.


Di sini bersemadi para pejuang Pattani yang syahid menentang tentera Siam. Lihat kubur mereka, ia kelihatan terpelihara. Jangan persiakan perjuangan mereka.

Kini dengan perubahan semasa, nasib dan kelangsungan masyarakat Melayu banyak bergantung kepada faktor politik. Tetapi, perjalanannya tidak semudah yang disangka. Terlalu banyak halangan yang mencabar. Yang pasti, jarum Siam berjaya sedikit demi sedikit berjaya memecahkan matlamat perjuangan umat Melayu di Selantan Thai. Bahkan terdapat politikus yang mula melencong dari landasan dengan mengumpul kekayaan. Tetapi syukur masih ada yang tidak berganjak dengan prinsip asal.

Setakat ini, terdapat 11 ahli politik Islam di Parlimen Thailand. Seorang wakil Thai beragama Budha telah dipilih penduduk Melayu, bagi mewakili mereka. Dengan 11 orang jumlah itu, jauh lebih kecil jika dinisbah dengan jumlah keseluruhannya yang berjumlah 480 orang. Dalam keadaan ini, masih adakah ruang untuk mempengaruhi dasar yang dibuat Bangkok?

Sehingga sekarang, dengan kerajaan yang dibentuk Parti Demokrat, tidak ada seorangpun orang Islam dilantik ke jawatan menteri. Sedangkan terdapat 5 orang Islam mewakili parti itu. Walhal cara itu, paling berkesan memenangi hati penduduk Islam.

Di mana kepekaan Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva? Nyata, dengan konflik dan perkembangan yang berlaku, orang Islam sering dijadi alat politik. Tiada kesudahan. Ataupun, di kalangan ahli politik Thai, isu di selatan, hanya modal untuk menjaja kredibaliti bagi meraih undi. Jika telahan ini, benar malang sungguh nasib umat Melayu. Sesekali terfikir, bukan tiada orang Islam dalam hierarki Thailand, Surin Pitsuwan misalnya, tiada nampak menonjol atau melakukan yang sepatutnya.

Bak kata Kasturi Mahkota, untuk berada dalam hierarki Thailand, orang Melayu perlu jadi lebih Siam dari Siam. Dulu sewaktu di Bangkok, ramai yang memperkenalkan diri mereka sebagai Muslim Thai. Aku yang tidak puas hati menegur mereka. Tanggapan itu perlu diperbetulkan. Kenapa aku bertegas?

Dulu sewaktu kalah perang, beribu Melayu Pattani dibawa ke Bangkok. Yang ada di ibu negara Thailand sekarang ini adalah keturunan Melayu. Bukannya berbangsa Siam. Aku mengingatkan mereka, cerita Terusan Air Mata di kota raya itu. Bagaimana tahanan Melayu diarah membina khlong atau terusan menggunakan tangan dalam keadaan kaki dikat rantai dan rotan. Kerana penderitaan dan memakan korban, terusan itu dinamakan sedemikian.

Sejujurnya jangan persalahkan orang Islam jika mereka bersimpati dengan gerakan pemisah. Banyak faktor yang mendorong ke arah itu. Selain dipermainkan, Siam perlu sedar yang Pattani bukannya sebahagian daripada Thailand.

Lantaran kekhuatiran itu, sejak 70 tahun lalu, Dasar Rathaniyom atau usaha mensiamkan penduduk Melayu, terus dilaksanakan.

Kesannya sedikit demi sedikit jatidiri Melayu terhakis dari jiwa generasi muda Melayu Pattani. Lebih malang, fakta sejarah cuba dijulingkan. Meskipun sehingga kini, ia masih bertahan, tetapi dengan asakan bertubi, sampai bila ia akan kekal.

Islam akan kekal sebagai agama, tetapi identitinya kian susut. Bagi diaspora Pattani, jangan sesekali lupa bagaimana nenek moyong kita disembelih sewaktu, Darus Salam dijajah. Berdasarkan cerita lisan, sewaktu kalah perang, sebolehnya penduduk Pattani ingin terus kekal berada di bumi Serambi Mekah tetapi atas pandangan ulamak, sebahagian mereka terpaksa akur untuk berhijrah ke negeri Melayu lain.

Pertama memastikan warisan keilmuan Islam yang diasas dan dikembangkan di Pattani tidak pupus. Kedua, akan ada nanti zuriat Pattani yang akan pulang membebaskan tanah air dari penjajahan Siam.


Kejatuhan Pattani pada 1786, pemberontakan Datuk Pengkalan 1830an dan penghapusan kuasa raja-raja Melayu pada 1902, adalah maruah Melayu perlu ditebus. Sesekali renunglah. Jangan jadi dayus dengan membiarkan saudara mara kita terus dizalimi.

Thursday, February 4, 2010

Sejarah Yang Dipinggirkan


Makam Sultan Pattani yang pertama memeluk Islam. Terbiar kerana Siam sebolehnya ingin menghapuskan bukti sejarah kegemilangan Pattani Darus Salam.



Masjid Gerisek, pernah menjadi saksi turun naik kerajaan Melayu Pattani. Di sini juga lebih 144 pemuda Islam dibunuh dengan kejam tentera Thailand pada 2004.


Sejak insiden 5 tahun lalu, masjid ini semakin sepi, tiada lagi kemeriahan pelancong terutama dari Malaysia dan Singapura yang berkunjung.



Makam yang menempatkan dinasti Kelantan yang dilantik Siam untuk memerintah Pattani selepas pemberontakan Datuk Pengkalan.



Makam ini menempatkan puluhan ribu syuhada' Pattani yang melawan Siam pada 1786, terbiar sepi.



Masjid Teluk Manok dibangunkan pada kurun ke 16. Di sini pernah menjadi tempat perlindungan ketika Pattani jatuh ke tangan Siam pada 1786.


Rumah lama di hadapan masjid. Cantik sekali ukiran, nilai estitika amat tinggi, tetapi faktor desakan hidup menyebabkan ia terpinggir.


Istana Teluban di Saiburi. Berusia lebih 200 tahun. Malang sekali ia semakin usang dimamah usia



Waris yang ditemui mengaku tidak banyak yang dapat dilakukan untuk memelihara istana peninggalan kerana faktor kewangan.

Masjid Selindung Bayu berhampiran istana. Cantik sekali senibina klasik Melayu. Ia dibaik pulih selepas runtuh beberapa tahun lalu





Thursday, January 28, 2010

Cerita Ini

Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, dengan gelojoh aku bergegas ke pejabat. Tidak seperti biasa, aku akan memakai kelengkapan sepatutnya. Selain full face yang agak boleh tahan harganya. Aku akanmenyarung tangan denga sarung kulit dan berbut. Tapi pagi itu tidak seperti biasa. Aku mahu seringkas mungkin ke pejabat. Paling penting aku ingin sekali bergaya dengan seluar yang dibeli sehari sebelum itu.

Tanpa berfikir panjang aku keluar dari rumah dengan ala kadar. ZZR 600 memang menjadi teman setia dan aku sering melepas geram bersama. Bila turun, sekali menekan butang, ia mengaum bak singa betina.

Menempuh jalan Tarom di Johor Bahru di waktu kemuncak bukan sesuatu yang indah. Dengan motor besar, aku begitu bergaya melepasi halangan kesesakan.

Tapi pagi 27 Januari 2000, ia tidak memihak kepada aku. Kehebatan aku selama ini, tidak bertahan lama kerana tersungkur selepas bergesel dengan volvo.

Dengan hati yang keras aku menolak sebarang usaha untuk membantu. Sebaliknya aku menyorong motor kesayangan pulang ke rumah. Dalam keadaan berlumuran sewaktu sampai, aku merasa pening dan tiba-tiba ingin pitam. Segalanya begitu pantas. Aku sempat menghubungi bekas Ketua Biro Utusan yang juga rakan serumah.

Dalam keadaan terkejut Ainul membawa aku ke Hospital Pakar Abdul Samad. Sekali lagi aku berdegil dengan mendakwa yang aku tidak apa-apa. Aku akhirnya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Ainul yang kebetulan mempunyai tugasan menghantar aku pulang. Ketika itu aku merasa begitu tidak selesa. Ia membuatkan aku tekad untuk pergi lagi ke hospital yang sama. Aku menelefon Zohan @ Zod kawan lama semasa di UKM yang juga rakan sepejabat.

Zod yang tiba terkejut melihat keadaan aku dan bergegas membawa aku ke Unit Kecemasan. Ketika itu aku tidak mampu lagi berkata-kata, aku tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah aku berada di bilik MRI. Ketika itu Zod datang dan melepaskan geram.

"Chap kau sakit ker?.

Dengan mata aku memberi isyarat.

"Itu belum mati lagi. Kau nak sangat mati, sekarang belum mati, taupun kau rasa sakit"

Aku faham, sebagai kawan karib, Zod geram dengan aku yang menjadikan motorsikal kuasa besar untuk melepaskan geram.

Akhirnya aku dirawat dan sehingga sekarang masih mempunyai parut dan sakit belakang, yang sesekali amat menyakitkan.

Sebenarnya 27 Januari, begitu bermakna. Ia menjadi detik pertemuan pertama aku dengan Kay, 17 tahun lalu. Dan ketika kejadian pada pagi itu, sebenarnya perasaan aku begitu bercelaru.

Dan sehingga sekarang, adakala detik itu singgah di memori, Kami yang kemudian berpisah, redha dengan apa yang berlaku dan masing-masing membawa haluan sendiri. Itulah yang dinamakan takdir. Ia tidak menurut kita.

Hari demi hari aku menjadi terus tabah kerana aku percaya, kebahagian mempunyai ruang lingkup yang luas. Tidak salah kalau aku terus sendirian walaupun persekitaran amat menjerihkan.

Dan kini, di permulaan 40 tahun, aku senang begini. Aku tidak ingin lagi dirapati dan merapati sesiapa. Cukuplah, pengalaman banyak mengajar, cuma aku yang tidak bijak mengambil iktibar.

Monday, January 18, 2010

Ke Darus Salam

Cepat sekali masa beredar. Siri demi siri telah aku siapkan untuk Laporan Khas Nasib Melayu Pattani. Biarpun terdapat teguran kerana laporan aku dikatakan agak "keras", aku terima dengan positif.

Kedatangan aku pada 13 Januari lalu disambut dengan tiga siri serangan bom yang mengorbankan 2 nyawa dan mencederakan 18 yang lain di Yala dan Saiburi. Sepanjang enam hari aku menggunakan kesempatan untuk bermalam di semua tiga wilayah bergolak yang telah menelan korban 4100 nyawa.


Segalanya berjalan lancar sepertimana dirancang walaupun aku ditimba "keracunan makanan". Sukar untuk percaya, keracunan hanya berlaku di waktu malam, ketika orang lain sedang lena tidur. Setiap malam tidak kurang 10 kali aku akan ke tandas. Lebih aneh, di siang hari aku mempunyai tenaga yang begitu luar biasa. Lebih menyeramkan ketika melalui kawasan tertentu, terutama peninggalan istana dan kawasan perkuburan lama bulu roma akan terpacak.

Seperti kata krew aku dari Thailand, ada sesuatu yang tersirat pada diri aku dan menanya sama ada mempunyai keturunan tertentu di Pattani.

Tanpa berselindung aku mengiya, yang darah Tok Ki sebelah moyang perempuannya, memang berasal dari keluarga Raja Jambu (jurai keturunan raja Pattani. Selepas kalah dengan Siam pada 1786, Bangkok membahagikan Patani kepada 7 wilayah, Jambu diberikan kepada keturunan Pattani yang asal, keturunan Sultan Muhamad yang syahid menentang penaklukan Siam). Aku memanjangkan kisah bagaimana, oneng perempuan yang bernama Che Jah juga berketurunan bangsawan Siam (Diceritakann yang Che Jah memang pandai bermain Menora, sejenis tarian yang dulu hanya di persembahkan di istana. Sebab itu sumpahan keluarga kami, tidak boleh mendengar atau melihat tarian ini. Kalau tidak, semacam dirasuk. Meninggal dunia dalam sekitar 1916. Arwah Tokki pernah cerita, moyang dia memang terkenal dengan kecantikan, kulit putih melepak dan berbibir merah.walaupun ketika itu umur sudah tua.) Che Jah terpaksa keluar menjadi pelarian selepas oneng lelaki yang berketurunan Raja Jambu, dibunuh kerana cuba memberontak menentang Siam. Arahan yang sama juga dikeluarkan kepada ahli keluarganya. Untuk menyelamatkan diri, Che Jah dengan diringi beberapa orang kepercayaan terpaksa meninggalkan Jambu dan menuju ke Manir, Terengganu. Dari situ, dia dibawa berlindung di Kampung Kota yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk Pattani yang melarikan diri. Keluarga Raja Jambu yang mengampu dan menjadi talibarut terus kekal sehinggalah kuasa raja-raja Melayu dihapuskan pada 1902.




Gambar moyang (anak kepada Che Jah bernama Tengku Mariam @ Che Yam. Seorang lagi kakak beliau mata buta, dikenali sebagai Che Pah, meninggal di Manir tanpa ada zuriat) Gambar Nyang Che Yam yang meninggal dunia pada 1950, masih dalam simpanan kami. Ia diambil pada tahun 1948, di Kota Tinggi. Berbeza dengan keluarga sebelah Wan, yang mempunyai salsilah keluarga Sultan Siak dan bangsawan Terengganu-Pahang-Riau yang jelas sehingga abad ke 16, keluarga Tokki tidak mempunyai fakta sekukuh itu. Kami hanya mewarisinya dari mulut ke mulut. Surat perlindungan daripada Raja Patani kepada Sultan Terengganu juga hilang. Begitu juga dengan seuncang duit lama. Kali terakhir aku lihat duit berkenaan, pada 1982 beberapa ketika sebelum Tokki meninggal. Ketika itu aku masih kanak-kanak dan Tok Ki menceritakan yang duit berkenaan harta keluarga kami. Aku masih ingat duit VOC Belanda. Siapalah yang menjadi lahanat yang melarikan khazanah itu. Pastinya ahli keluarga aku sendiri.





Aneh sekali selepas tiga hari, krew mengesyorkan supaya aku memakan sirih pinang. Katanya ubat itu berkesan terutama bagi mereka yang berasal dari keluarga bangsawan yang ada pantang larang. Nyata selepas sekeping sirih dengan secolet kapur dan sekacip pinang, ia berjaya menamatkan "sengsara" cirit birit di malam hari. Mimpi ngeri aku juga berakhir. Apakah ini bermakna kepulangan generasi keenam ini direstui, atau masih ada tulah yang menghalang kami pulang ke Patani selepas berlaku persengketaan dan pembunuhan keluarga. Sukar diungkai misteri ini.

Tuesday, January 12, 2010

Tidak Ternilai


Rupert Hamer menjadi wartawan Britain pertama terkorban di Afghanistan. Bertugas untuk akhbar Sunday Mirror, mendiang 39 tahun terbunuh ketika menyertai tentera Amerika Syarikat mengadakan rondaan di perkampungan Nawa dekat wilayah Helmand.

Dalam kejadian itu, seorang tentera marin turut maut. Manakala enam yang lain termasuk rakan sejawat mendiang Philip Cobourn cedera.

Kenyataan di atas sebahagian, daripada siaran berita Berita 130 semalam. Aku yang memilih dan menterjemah dari Associated Press.

Apa yang berlaku pada Hamer, sebahagian daripada kemungkin yang akan berlaku kepada sesiapa sahaja. Itulah harga yang perlu dibayar wartawan dalam mendapatkan bahan berita. Apa yang penonton lihat dan dengar, nampak cantik dan sempurna tetapi hakikatnya tidak. Hamer yang menjadi Koreponden Pertahanan akhbar berkenaan sejak 2004. Pernah bertugas di Iraq dan lain tempat di Asia Barat. Hamer yang mempunyai tugasan sebulan di Afghanistan, korbankan segalanya termasuk anak perempuan demi mendapatkan bahan berita.

Mendiang seusia dengan aku. Ketika ditanya rakan setugas Previtriana yang juga pembaca Nightline, kenapa aku memilih berita berkenaan, dengan ringkas aku menjawab.

"Walaupun i tidak mengenali Hamer, tapi kita dalam dunia yang sama, i wartawan dan dia wartawan. Kami bukan pemberita. Mungkin satu masa i akan lalui pengalaman yang serupa. Masa tu u buat slide besar-besar".

Ada perbezaan antara journalist dan reporter @ wartawan dan pemberita. Malangnya perkara ini tidak dijadikan subjek khusus pengajian media massa. Ok lupakan soal itu.

Aku sendiri yang sering terbabit dengan bencana dan perang, memahami kesukaran yang dilalui Hamer. Skop kerja kami bukan dalam lingkungan "mewah dan selesa" sepertimana wartawan lain, terutamanya hiburan. Digertak pihak berkuasa, ditahan, disoal siasat, sesat, diugut dan lain-lain lagi, memang sukar digambarkan.

Kerana itu, hanya mereka yang berada dalam lingkungan situasi ini yang akan memahami. Semasa di Aceh tidur bertemankan mayat, gempa di Bantul kami bergeladangan di kaki lima dan memakan sisa mangsa gempa, bertemankan tembakan semasa di Gaza dan banyak lagi. Hakikatnya wartawan perang dan bencana, hidup dengan apa yang ada. Itu kemahiran yang kami miliki.

Aku mengagumi Christine Amanpour, Peter Arnold, Anderson Cooper dan lain-lain lagi. Tetapi tidak Oprah Winfley. Nak tahu kenapa? Oprah hanya mencari populari dan bukan benar-benar turun padang. Tangisan yang berkesudahan di set yang cantik, sebenarnya sebahagian daripada lakonan. Tetapi itu yang penonton mahukan dan atas fakta itu, program yang dihoskan beliau dapat kekal sehingga 24 tahun.

Perkara yang sama berlaku dalam dunia penyiaran kita. Semacam stigma, pengacara mesti perempuan yang cantik walaupun iq berada di tahap yang rendah. Lebih-lebih lagi artis yang menjadi pengacara. Maaflah cakap, kekadang mimik muka, perkataan yang dikeluarkan dan topik yang dibahaskan ketara nampak tidak sekata. Apakah makna ini.

Ketepikan itu semua.

Sambil menulis blog ini, aku mengemas. Pagi-pagi esok aku akan berangkat lagi, Ke mana lagi kalau bukan ke kawasan konflik. Kawan-kawan baik mengingatkan aku jaga diri baik-baik, tempat tu bahaya dan bla bla.

Aku balas semula,

"Kenapa cakap macam tu. Kau orang nak aku mati ke?"

"Cakaplah semoga u dapat buat yang terbaik. "

Aku faham, kebimbangan yang mereka luahkan bermakna keprihatinan. Sebenarnya apabila membuat cadangan tugasan, aku perlu bersedia dengan risiko. Kerana itulah yang perlu aku bayar sebagai wartawan. Karya, Kebebasan dan kebebasan kami sebenarnya tidak ternilai. Tugasan ini menjadi pembuka diari 2010. Ia menjadi penguat semangat untuk lalui hari-hari mendatang yang entah bila akan berkesudahan. Itu semua sudah tersurat pada karma masing-masing. Selamat tinggal pentas sandiwara. Cukuplah aku dipermainkan dengan kata-kata manis. Kemanisan adalah racun.

Biarlah yang lalu terus berlalu.......sebenarnya ketika ini aku menghayati lagu James Blunt....Goodbye My Lover...

Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or let the judges frown?'
Cause I saw the end before we'd begun,
Yes I saw you were blinded and I knew
I had won.
So I took what's mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won't stop there,
I am here for you if you'd only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I've kissed your lips and held your hand.
Shared your dreams and shared your bed.
I know you well,
I know your smell.
I've been addicted to you.


Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

I am a dreamer and when i wake
You can't break my spirit - it's my dreams you take.
And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to be
I've seen you cry,
I've seen you smile.
I've watched you sleeping for a while.
I'd be the father of your child.
I'd spend a lifetime with you.
I know your fears and you know mine.
We've had our doubts but now we're fine,
And I love you,
I swear that's true.
I cannot live without you.

Goodbye my lover
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

And I still hold your hand in mine
In mine when I'm asleep.
And I will bear my soul in time,
When I'm kneeling at your feet.


Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.


I'm so hollow, baby,
I'm so hollow.
I'm so,
I'm so,
I'm so hollow.

Sunday, January 10, 2010

Stamina

Memasuki usia 40 an, banyak perkara yang perlu dilihat. Bagi aku tidak perlulah nak berazam itu dan ini. Yang penting kita tahu apa yang kita hendak dan boleh buat. Tidak guna cakap bergunung, tetapi kesudahannya hampeh...

Seminggu selepas memasuki 2010, aku membuat pemeriksaan berat badan dan sebagainya. Dua bulan lalu atas nasihat doktor, aku terpaksa menghadkan pergerakan, tidak boleh lincah sangat. Sebenarnya ia semacam rehat.

Sepanjang tempoh itu, aku perasaan, seluar sedikit ketat dengan berat badan naik mendadak mencecah 7 kg. Aku kembali kepada tabiat suka makan nasi. Orang Melayu, memang makan nasi satu kemestian.

Bagaimanapun sejak 2 minggu lalu, aku berhempas pulas kembali work out dan lebih rajin berenang. Alhamdulillah ada sekilo setengah lagi berat badan yang perlu aku hilangkan. Tetapi lelemak di sekitar pinggang, macam liat nak dibakar.


Semalam, aku membuat screening. Semua ok dan cemerlang, kecuali waist hip ratio...aku gagal. Sepatutnya ia perlu berada pada tahap 0.75 hingga 0.85, keputusan yang aku dapat ia mencecah0.85. Tak apa bukan lebih banyak.

Stamina berada dalam keadaan tip top dan badan aku masih tergolong dalam kategori atlet. Alhamdulillah. Apapun minggu depan aku mempunyai tugasan yang sukar, pastinya ketika itu berat badan aku susut lagi.

Aku perlukan ini semua kerana kerjaya aku memerlukan badan yang fit dan mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Untuk tugasan seterusnya di satu kawasan konflik, aku bergerak sendirian, tanpa ditemani krew. Dan inilah persiapan yang aku lakukan.

Saturday, January 9, 2010

Aku dan Gaza

Aku sama sekali tidak terkejut dengan apa yang dilalui misi kemanusian Viva Palestin ketika cuba memasuki Gaza melalui Rafah. Hampir setahun lalu, perkara yang sama aku tempohi. Bahkan aku bersama wartawan Barat berkali-kali diperlekehkan pihak berkuasa Mesir.

Di bumi firaun tiada apa yang indah. Hanya ada beberapa monumen Islam dan universiti yang terkenal tetapi bukan untuk dibanggakan, Kegemilangan universiti al Azhar sebenarnya telah menjadi sejarah. Segalanya menjurus kepada pengagungan pencapaian masa lalu. Mereka berada di alam mimpi. Rakyat Mesir sebenarnya ditidurkan dengan mimpi yang tidak berkesudahan (malangnya ada pelajar kita terutama dari aliran agama yang turut sama diseret dalam mimpi Mesir. Tahu cakap itu ini, tetapi realitinya ibarat tin kosong). Itu cara yang digunakan pemerintah tentera. Aku jelaskan di sini, yang Mesir bukan negara demokrasi dalam konteks yang sebenar. Segalanya di tangan presiden..

Sebab itu bila menyentuh isu Palestin khususnya Gaza, apa sumbangan Mesir. Haram jadah, Hosni Mubarak dan isterinya Suzan.

Aku beruntung walaupun berkali dihalang dan ditahan, dengan nekad dan niat yang bulat, aku berjaya melepasi al Arish dan memasuki Rafah. Kisahnya terlalu panjang untuk aku catatkan di sini.

Tetapi pengajarannya jelas. Mesir bersekongkol membunuh penduduk Palestin. Jika tidak Amerika Syarikat akan menarik balik pemberian subsidi gandum ke atas republik itu. Untuk maklumah perkara ini ada tercatat dalam perjanjian Camp David antara Anwar Sadat dan Manehem Begin. Itu syarat yang dibuat Israel dan pastinya direstui Jimmy Carter.

Malangnya dalam ceramah ustaz-ustaz kita, ada perkara ini diulas. Balik-balik kupas ayat-ayat suci al Quran dan hadis, yang mana kadang-kadang tafsiran dibuat lebih menjurus kepada pemahaman peribadi. Aku cukup geram bila ustaz-ustaz yang emosional memberi ceramah tentang isu Gaza. Mereka menyempitkan isu dengan meletakkan kesalahan bukan pada tempatnya. Ini bahaya bila tidak menggunakan mantiq. Mereka mempengaruhi pendengar untuk membenci semua orang Yahudi. Walhal ramai juga orang Yahudi yang membenci peperangan dan keganasan. Asyik beceramah sampaikan mereka lupa yang salah seorang daripada 9 isteri Rasulullah teridiri dari keturunan Yahudi(sila rujuk Husein Haykal Hayat Mohamad aan Sirah Ibnu Ishak) dan ada sahabat dari keturunan Yahudi. Zaman berzaman ada sahaja proses pengislaman ke atas orang Yahudi. Ingat Islam itu untuk semua.

Yang salah adalah fahaman Zionisme. Sesiapa sahaja boleh menjadi Zionist.

Malangnya sang pemberi ceramah terpengaruh dengan peel Arab, yang suka menyalahkan orang lain jika sesuatu berlaku. Sama spesis Arab yang berada di Mesir. Orang Arab ni memang over..

Semasa aku transit di Kaherah untuk pulang, dalam siaran berita, Presiden Hosni Mubarak pada sidang parlimen negara itu, berkata dia sanggup berjiran dengan Israel daripada dengan Hamas.

Apakah makna ini? Bagi aku Hosni Mubarak tidak ubah seperti Firaun. Dosanya terhadap bangsa Arab Palestin yang seramai 7 juta amat besar dan tidak akan terampun. Lebih memalukan dia selama ini menjatuhkan maruah Islam dengan menjadi anjing Zionis.

Pengalaman hampir seminggu berada di Gaza, memberikan seribu satu kisah dengan apa yang berlaku. Mata, telinga menjulang jiwa sehinggakan aku muak dengan telatah pemerintah Mesir. Untuk makluman, ia menetapkan semua bantuan hendaklah disalurkan melalui Bulan Sabit Mesir yang dinaung Suzan Mubarak. Bayangkan dengan bantuan selama ini mencurah-curah, apa yang Suzan buat. Rakyat Palestin tetap menderita. Bantuan berbentuk kewangan telah dikemut. Untuk maklumah Mesir terkenal dengan rasuah dan berada antara 2o buan negara teratas.

Di Gaza kesengsaraan ada di mana-mana, mereka bukan sahaja disembelih tetapi dibunuh dengan perlahan-lahan melalui kepungan. Siapa yang mengepung? kalau tidak regim Zionis bersama Hosni Mubarak serta kuncu-kuncunya.

Di saat kita perut kita sedang kenyang, saudara mara kita di Gaza sedang kebuluran. Pengalaman menyaksikan mereka merebus rumput untuk mengalas perut kerana kebun dan ladang dimusnahkan, membuat air mata berjurai. Apa lagi yang ada untuk makan? Binatang ternakan dibunuh. Untuk makluman sepanjang 22 hari menceroboh Yahudi membunuh tidak kurang 300 ribu ayam telah dibunuh dan terbunuh. Tanaman diselongkar dan dirosakkan.

Sekarang inipun kalau mereka menggembala…silap hari bulan kena tembak. Bukan sahaja peluru Israel tapi Mesir yang lebih jahat dari itu, kerana menjadi pengkhianat kepada perjuangan membebaskan al Quds.

Di Gaza sebenarnya segala benda mahal disebabkan kepungan Israel dan Mesir.

Pada masa sekarang, kebanyakan penduduk Gaza bukan sahaja kehabisan ubat-ubatan tetapi kekurangan zat makanan turut mengancam mereka. Dalam kebanyakan keadaan, mereka terpaksa bergantung kepada kekacang sebagai sumber protein.

Hendak makan ayam jangan harap. Harga sekor ayam dalam 30 shekkel sama macam kita 30 ringgit. Itu tidak kira kambing dan lembu.

Harga sekilo udang dekat 100 ringgit. Ikan tenggiri 80 ringgit sekilo.

Laut Maditerranean kaya dengan ikan…tetapi macam dalam laporan aku siarkan dalam Buletin Utama, mereka tidak boleh pergi ke laut kerana lebih aja 5 kilometer daripada pantai kena tembak. Tempat lubuk ikan, situlah Yahudi letakkan bot peronda.


Akibat sekatan yang digunakan…ramai yang mati kerana tiada bekalan ubat-ubatan dan kemudahan untuk menampung orang yang cedera.


Walaupun seketika di Gaza aku dapat merasakan sengsara mereka. apatah lagi penduduk Arab. Sejak 60 tahun lalu mereka dilayan seperti binatang. Boleh menceroboh rumah bila-bila masa, memenjara membunuh sesuka hati penduduk Palestin.

Merampas semula bumi Gaza yang dijajah patut menjadi jihad kita umat Islam.

Ramai tidak tahu, Gaza merupakan tempat kelahiran Imam Syafie…mazhab yang majoriti penduduk rantau sini ikuti. Di situ juga bersemadinya, moyang Rasulullah SAW, Hasyim bin Abdul Manaf.

Aku percaya satu masa aku akan kembali lagi ke Gaza kerana jiwa mereka terlalu dekat dengan aku. Aku impikan untuk bersama mereka berjuang membebaskan bumi syuhada'. Memalukan kerana umat Islam hanya ada iradat tetapi tiada kudrat. Lebih dari itu, jangan jadikan isu Gaza sebagai retorik dan modal untuk meraih populariti serta agenda politik.

Sunday, January 3, 2010

Bersua....

Tetiba petang tadi tergerak hati untuk ke One Utama. Ada beberapa perkara yang ingin diselesaikan, bil broadband dan bil telefon. Senang berurusan di situ. Selepas segalanya selesai, aku turun ke tingkat tiga, nak ke ATM, almaklum bila dah bayar semuanya, ada rm 4 dalam kocek.

Sambil turun, aku terpandang susuk badan orang yang aku kenali. Kami memang ada chemistry kerana pada masa itu dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikan dan aku sedang meneka adakah itu dia. Kesudahannya kami sama-sama menyapa.

"Intan".

"Woi Zali". Mak Cik ni tiba-tiba menyahut.

Dah lama sebenarnya kami tak jumpa adalah dekat setahun lebih. Cuma bersms.

"Kau buat apa kat sini?. Aku menanya.

"Laki, aku Sufian pergi tandas. Wei kau buat apa kat sini. Merayap(perkataan Wei ni trademark dia, dari belajar lagi mesti sebut wei, tak kira time gaduh ker time happy ker mesti ada perkataan wei kalau tidak bukan nama Intan)

"Aku tadi dari gym, bila sampai, aku rasa malas (tak perlu dipanjangkan), mood aku dah spoil, ni aku cabut. Kalau tak mesti kita tak jumpa". Jawab aku dengan ala kadar.

Tidak sampai 5 minit sambil mengeluarkan wang dari ATM, Sufian keluar dan dengan muka yang terkesima. Apa taknya, aku dan Intan sedondon, kami berdua pakai baju warna merah.

Tanpa berceloteh panjang aku mempelawa mereka minum di Coffee Beans. Seperti biasa aku minum mocha latte, Intan ambik hazel latte dan Sufian, rasberry esprit.

Bukan mudah berjumpa dengan Sufian, selain ada firma guaman sendiri, dia sekarang menjadi fellow di Geneva, Switzerland. Kebanyakan masa, dia travel ke serata dunia. Intan dah lama ada P.h.D. dalam bidang undang-undang. Sekarang di Putrajaya. Perbualan kami banyak berceloteh mengenai kerjaya, walaupun aku masih hampeh...

Aku dan Intan memang kawan baik. Ketawa dan menangis bersama, sejak dari alam universiti. Kami saling mengadu antara satu sama lain. Kisah Intan "bercuti"dari Nottingham sewaktu membuat sarjana, akan membuat aku tersengih. Dan selepas hampir 19 tahun saling mengenali, persahabatan kami tidak pernah terjejas. Alhamdulillah.

Sepanjang 40 minit bersembang, kami terusik dengan cerita-cerita lama, tetapi tak boleh over, Sufian ada. Kisah Kezek (nama asal Dayangku Zainah), Datuk Razali Ibrahim(sekarang Timbalan Menteri), Shamiza dan Pak Ya turut diselang seli. Dalam diam-diam, nama Kay terpancul dari mulut Intan. Aku diam dan buat-buat tidak faham.

Intan ibarat kotak hitam. Banyak kisah aku yang dia tahu. Dia menyimpan amanah termasuk menyimpan sekeping gambar orang yang satu ketika berada di kemuncak takhta hati aku. Gambar itu semasa dia di matrik akhir fakulti undang-undang.

Aku percaya dan menghormati pasangan suami isteri ini, kerana mereka melihat aku sebagai manusia biasa. Terima kasih kerana tidak pernah menilai aku dari sudut pangkat dan kedudukan, Intan memberitahu Sufian yang Tan Sri J adalah abang ipar aku. Dengan berlapik aku mengiya, walaupun aku tidak suka dikaitkan dengan individu itu.