Jika maklumat ini benar, terdapat kemungkinan Engku Sonit dan Tun Sharifah adalah orang yang sama. Salah seorang daripada tiga orang anak perempuan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir. Dua yang lain dapat dikesan. Engku Chik berkahwin dengan Sultan Abu Bakar, Johor. Engku Puan berkahwin dengan Sultan Mahmud Lingga. Kalaulah itu menjadi fakta, bukan sesuatu yang pelik kepada Engku Sonit untuk bermastautin di Kuala Terengganu kerana di situ masih ramai kaum keluarga Bendahara dan kemudian berkahwin dengan Ismail. (ada sumber kata nama sebenarnya Tun Ismail dari Pulau Duyong. Dari perkahwinan ini melahirkan oneng kami Hajjah Nik). Hal yang sama juga dilakukan Tengku Safiah adinda kepada Sultan Mahmud. Dia tidak kembali ke Lingga selepas Raja Mongkut mangkat. Sebaliknya bermastautin di Kuala Terengganu dan berkahwin lain.
Tuesday, July 13, 2010
Menyusur Salsilah
Tulisan dalam entry sebelum ini mengenai moyang nenek aku, Tun Sharifah menarik perhatian salah seorang kerabat Pahang. Ketika menerima mesej, tanpa berlengah aku menghubungi Ku Nine. Kami berceloteh seolah-olah telah lama mengenali satu sama lain.
Selapis demi selapis kami cuba merungkai siapakah Tun Sharifah. Ia menjadi cabaran kerana semua generasi arwah nenek aku telah kembali ke alam baqa'. Beberapa fakta cuba kami simpul untuk menyokong cerita lisan.
Mak sepupu dan bapa sepupu aku yang juga pangkat piut dan pernah berjumpa dengannya. Tun Sharifah meninggal di kala berusia 112 tahun, di sekitar tahun 50 an. Ketika itu dia telah nyanyuk dan bila petang akan menyebut-menyebut ingin balik ke istana. Dia pernah berkhidmat dengan almarhum Sultan Zainal Abidin III kerana menjadi pengasuh kepada almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, nenda kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Cerita lisan yang disampaikan kepada kami dari generasi ke generasi, arwah menceritakan yang dia kaum keluarga Engku Tanjung dan pangkat sepupu dengan Tengku Ampuan Pahang.
Galakan dari Ku Nine mendorong aku menyiasat siapakah Tun Sharifah. Kesempatan itu tiba bila berjumpa Ayah Chik Cheng, bapa sepupu aku di IJN. Walaupun dalam menerima rawatan Ayah Cheng masih memberi kerjasama. Akhirnya dapat maklumat tambahan dan petunjuk penting.
Tun Sharifah sempat bercerita yang ayahndanya bernama Tun Mutahir....Oh, ini fakta mengejutkan. Berdasarkan maklumat itu, aku menghubungi Ku Nine dan dia bercakap sendiri dengan Ayah Cheng.
Sejurus selepas itu, Ku Nine telefon semula dan memaklumkan aku, salah seorang anak Bendahara Tun Mutahir, yang dikenali Engku Nit @ Sonit tidak diketahui.
Perang Bendahara antara Tun Mutahir dengan adindanya, Wan Ahmad yang kemudian dikenali Sultan Ahmad 1 Pahang menyebabkan banyak keluarga terpisah. Mungkin sudah tiba masanya, jurai yang bercerai dicantum semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alamak bestnya fakta ni, Aku baru ajor anak murid aku tentang Sulyan Mahmud lingga.... Razali teruskan lagi, makin best ni.....
ReplyDeleteaha..insyaallah kerabat yang terputus akan bercantum semula...ia adalah satu jihad menyusur mencari keluarga
ReplyDeletesalam, kbtln bonda sultan mizan baru mangkat, sekadar berkongsi, ibu saya ader cerita yang saya ni cicit kepada Raja Che Ku Chik iaitu sama ada sepupu atau ibu saudara kepada Sultan Ismail Nasiruddin Shah(Terengganu)..cuba juga cari susur galur tp susah sbb tak tau nama penuh nenek moyang..Raja Che Ku Chik berkahwin dengan Tuan Mahmud Bin *Tuan Hassan iaitu (moyang lelaki saya)..Wallahualam..
ReplyDelete