Sunday, August 30, 2009

Ganyang

Di sebalik kemeriahan warga Malaysia menyambut 31 Ogos esok, ramai yang tidak tahu bagaimana maruah kita diguris. Insiden itu tidak jauh berlaku. Di negara seberang. Bayangkan bagaimana harga diri dihina bila Jalur Gemilang dibakar dan dinjak serta kata-kata kurang ajar. Sebagai panji negara, perbuatan berkenaan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan.



Isunya gara-gara Tarian Pendet. Walaupun Norman telah memberikan penjelasan, Secara mudah aku mempersalahkan krew penerbitan KRU, kenapa jahil sangat mengenai tarian itu. Masalah itu timbul selepas, yang berkenaan tidak memahami sejarah dan budaya. Namun begitu perkara itu boleh dimaafkan bila dilihat dalam konteks sosiologi dan antrapologi.



Jika dihitung, dalam tempoh lapan bulan, berapa kali Jalur Gemilang dan kedaulatan kita sebagai negara merdeka diperlakukan demikian. Reaksi segelintir penduduk mereka berhubung isu pembantu rumah, Ambalat dan lain-lain lagi mengguris hati rakyat Malaysia. Alhamdulillah media Malaysia bersifat lebih rasional tidak banyak dilaporkan dan sesetengahnya dibiarkan sepi.

Ada sesuatu yang tidak kena di Indonesia sekarang. Terdapat anasir dalam negara itu, khususnya ahli politik tertentu yang chauvanistik. Segalanya ingin dijadikan asas kepentingan untuk mendapat sokongan. Tanpa melontar pemikiran dengan lebih jauh, mereka cuba menodai keharmnian bangsa serumpun.

Di Indonesia, khususnya di Jakarta tidak sukar untuk mengadakan tunjuk perasaan, golongan siswazah masih ramai menganggur itu tidak lagi mengambil kira golongan marhain. Sebungkus nasi dan sekotak kretek sudah cukup untuk menggerakkan mereka keluar dan menjerit-jerit.

Semalam, dalam Trans TV dan Metro TV, rakyat Indonesia dimomokkan dengan pelbagai propaganda membenci Malaysia. Hampir semua kandungan dari berita sehingga ke ehwal semasa bersifat emosi. Dalam erti kata mudah tiada otak. Itu bahayanya bila emosional menguasai diri.

Bayangkan, soal cendulpun menjadi isu. Kononnya mereka mendakwa cendol hak milik mereka. Aku berani berdebat isu ini. Cendul sejenis makanan yang berasal dari Champa. Ia bermakna kita serumpun bersama mewarisinya. Kalau itu ingin diperdebatkan, songkok juga bukan berasal dari Indonesia. Songkok berasal dari warisan kerajaan Melayu Champa yang lenyap dari muka bumi pada 1830. Prasasti abad ke 10 secara jelas menunjukkan imej Melayu memakai songkok.

Aneh dalam program berkenaan, tiada langsung dikupas dari perspektif alam Melayu, khususnya sebelum 1824. Mengapa mereka tidak menyentuh mengenai budaya dan kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah. Srivijaya, Majapahit, Melaka dan Johor Riau. Ini semua menjadi jawapan kepada isu yang dibangkitkan.

Kerana dangkal mereka tidak memahami diaspora umat Melayu. Bagaimana proses migrasi sejak 2000 tahun dulu sehingga sekarang membentuk budaya serumpun. Pemikiran yang sempit menjurus kepada tindakan yang bodoh.

Begitu juga dengan tarian Pendet. Ia sama sekali bukan berasal dari Bali. Tarian itu adalah hasil ekspresi petikan epik Hindu tersohor Ramayana dan Mahabrata. Adakah agama Hindu itu lahir di bumi Indonesia atau India? Mereka sebenarnya bengong!.

Tidak cukup dengan itu, isu Ashraf Sinclair yang bermastautin di negara itu juga dibangkitkan. Mereka mempersoalkan mengapa perlu mencari makan di negara berkenaan, sekiranya Malaysia sebuah negara yang makmur. Janganlah bertindak sehingga membodohkan diri sendiri. Berapa kerat rakyat negara ini yang mencari makan di negara itu. Sedangkan artis mereka bersepah datang ke sini. Itu tidak mengambil kira soal buruh yang mencecah dua juta.

Bagi aku, sudah sampai masanya kerajaan bertindak menyekat kehadiran artis mereka. Dalam erti kata yang lain, mula memberi tindak balas di atas sifat kurang ajar, segelintir pihak di republik berkenaan.

Untuk siaran radio tertentu hentikan putaran lagu artis dari seberang. Mereka tidak sehebat mana, banyak hasil karya luar yang diciplak dan cuba dilabelkan "made in Indonesia"

Ramai rakyat republik itu sebenarnya juling fakta kerana dimomok pihak tertentu. Lebih buruk bagi golongan marhain mereka tidak mampu berfikir jauh kerana tahap sistem pendidikan yang jauh ketinggalan. Penguasaan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris amat rendah. Lantaran itu mereka mudah dieskpoitasi.

Bagi petualang serumpun selesaikanlah isu dalaman, jangan dengki dengan nikmat orang lain. Mereka lupa sepanjang 52 tahun betapa Malaysia, tidak pernah lokek berkongsi kemakmuran dengan negara serumpun, khususnya Indonesia.

Adakala susu yang diberi dibalas dengan tuba. Jika dianalasis, kebanyakan kes jenayah rompak, samun dan bunuh di negara ini dilakukan siapa?

Berapa banyak pembantu rumah mengkhianati majikan? Tidak cukup melarikan isteri, atau suami, mereka sanggup merembat anak-anak gadis tempatan. Tetapi pernah reaksi yang sama penduduk Malaysia berikan. Sebaliknya kehadiran mereka terus dialu-alukan.

Inilah yang akan berlaku, bila manusia tiada harga diri. Bagi aku, mereka sebenarnya berada dalam keadaan keliru dalam segala segi. Lihatlah bahasa dan budaya mereka.Ia kini sedang dirojakkan. Tiada lagi keindahan dan keaslian. Kecelaruan itu sekarang merebak. Dan adakah wajar kita perlu dijadikan beban dek kebodohan itu?.

Bagi penggerak tunjuk perasaan, media dan pihak berkenaan, sampai bila perkara ini perlu dilakukan bagi menutup kelemahan diri.

2 comments:

  1. Salam

    Satu kupasan yang menarik dan berisi.

    Saya berada di Jakarta (Litar Lumba Sentul, GP Asia) Jun lepas. Ketika itu isu Manohara sedang memuncak. Siaran tvnya yang perlbagai serta akhbar terutama tabloid tidak putus-putus memainkan isu ini.

    Ada juga kenalan di Indonesia "membisikkan" kepada saya "cerita" di sebalik pengeboman JW Marriot dan Ritz Calton itu. Mengapa salah seorang tokoh membenteras rasuah di sana yang cedera parah semasa kejadian tersebut dipandang sepi oleh media masa.

    lukmanw
    http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sedap betul kupasan engko, memang jelas dan mantop, baru aku paham mengapa mereka terlalu beremosi ngan malaysia. Mulanya aku tertanya-tanya jugak apa sebab mereka begitu marah dengan Malaysia yang sedikit sebanyak telah memakmurkan negara mereka.

    Susah nak dibuat kawan bangsa mereka, Setelah mengaut kekayaan negara ini yang melimpah ruah, kita pulak nak digigitnya. Memang dasar melepaskan anjing tersepit.

    ReplyDelete