Aku sebenarnya suka makan segala jenis kek terutama Marble Cheese Cake. Tidak terkecuali Kek Gula Hangus, kegemaran aku sejak dari kecil. Masa itu aku suka minta perisa Nescafe. Sedap sangat, itu menjadikannya mahal kerana ia tiada di pasaran.
Aku gunakan gula perang, kerana hasilnya pasti tidak mengecewakan. Bahan yang terbaik akan menghasil produk berkualiti.
Adunan perlu diperapkan tidak kurang 3 jam, supaya hasilnya menjadi dan bersarang
Bermula dengan cuba-cuba dan memberi member merasa dengan percuma. Akhirnya terdapat permintaan. Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak. Berbekalkan semangat itu, aku beranikan diri ambil tempahan Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut sempena Ramadan. Yang order bukan orang lain, kawan-kawan kat ofis, kalau keluarga aku tahu mesti dia orang tergolek dok gelakkan aku. Yang penting rezeki halal....target sale tak banyak, 100 biji jer.
Dah masak, perlu disejukkan untuk keluarkan wap
Paling best mulai hari ini, aku telah mula terima tempahan. Semoga ia berpanjangan. Harganya tidak mahal RM 20 sebiji.Tempahan sedia untuk dihantar kepada pelanggan
Nak order sejibik...
ReplyDeleteBoleh hantar ker? free delivery?
kecur air liur...bila lah nak merasa kek abg lagik? memang sedap *promo utk pembaca2 lain :-)
ReplyDelete