Monday, August 24, 2009

Jangan Tak Kipas

Pembodek ada di mana-mana. Tersenarai beberapa nama popular yang satu kategori dengannya, selain jadi pak sanggup, mereka juga dikenali tukang kipas. Di beberapa organisasi spesis ni mampu berkembang dan tahan lama. Tukang bodek atau tukang kipas ni akan berkembang subur apabila bos lemah dari segi kewibawaan. Modal mereka yang paling bisa, cucuk sana cucuk sini. Yerlah nak cari makan. Kalau tidak payah nak hidup.

Mereka ni kalau bercakap dengan bos, mak ai bukan main sopan, halus susun bahasa pendek kata penuh berhemahlah. Kalau panjang kata, entah macamana lagi. Tapi kalau dengan mereka yang dijadikan mangsa atau lauk mula nak tunjuk kuasa.

Aku enggan mengulas panjang mengenai isu ini. Maklumlah bulan Ramadan. Tetapi sebagai manusia biasa, rasa terkilan dan kemarahan akan tetap ada. Siapa yang makan cili dia akan rasa pedas. Betul tak? Ada beberapa tips untuk mengelak daripada terjebak dengan politik golongan yang tak bermaruah ini. Awas mereka boleh jadi kawan rapat dan juga boleh menjadi musuh paling jahat.

Sebagai langkah berhati-hati, bukan apa beringat sebelum kena. Untuk itu ada beberapa Tips mengenal spesis ini di pejabat dan di mana sahaja.

1. Suka keluar masuk bilik bos, bila keluar mulalah lubang hidung besar ekzos kereta waja.

2. Rapat bila senang, dalam kes kritikal sanggup berhujan berpanas konon nak tunjuk setia.

3. Suka menyampuk orang bercakap, walaupun tak faham sepatah haram apa orang duduk bincang.

4. Berlagak pandai walaupun hamprak, bagi idea tetapi ala-ala mat jenin sebab pengetahuan setakat dalam pinggan.

5. Berjalan dengan mata melilau ke kiri dan ke kanan dengan harapan ada orang menyapa buat apa dan nak ke mana.

6. Suka cakap kuat-kuat dengan harapan orang perasan.

7. Suka bandingkan si A dan si B atau sesiapa sahaja. Permulaan awal nak cari kredit lepas itu akan ada tindakan susulan. Contohnya duduk di korner, panggil a atau b dan mulakan karangan.

1 comment:

  1. Sepanjang aku jadi guru pun golongan macam ni memang banyak. Aku banyak kali terkena dengan golongan macam ni. Cakap dengan kita bukan main manis. kat belakang nah macam-macam dikutuknya. Pernah sekali tak sampai 2-3 minit aku bercakap tetang ketidak adilan bos di bilik guru. lepas itu pengetua panggil aku. Golongan ni memang sial dan laknat

    ReplyDelete