Sunday, July 5, 2009

Rupa Wajah dan Muka

Lama tidak berkesempatan menulis blog. Sebenarnya sepanjang tempoh itu, pelbagai kepahitan yang terpaksa ditelan. Satu persatu dugaan tiba. Ada yang mampu ditelan walaupun rasa pahit, kelat dan masam. Adunan rasa yang memberi kesan kepada perspepsi.

Hidup sebagai wartawan, hakikatnya terlalu banyak dugaan. Apatah lagi dalam dunia penyiaran. Adakala, berdetik sampai bila aku akan begini. Dari celik mata sampai ke alam mimpi, di sebalik ke indahan visual dan adunan cerita, kisahnya tidak semanis yang digambarkan.

Aku hanya reti melabuhkan diri di depan komputer, melakukan tugasan, mencari bahan, mengarang dan berkesudahan dengan penyiaran berita. Tetapi di sebalik kesetiaan dan kejujuran kerja, ada sahaja suara sumbang. Cakap-cakap belakang. Aku mengaku hilang kesabaran kerana terlalu lama menjeruk rasa marah dan terkilan.

Aku serik bekerja di bawah perempuan. Di depan cakap lain belakang cakap lain. Aku tidak buat kerja, tidak boleh kerja dan yang paling aku hilang sabar, aku kelihatan seperti kaki kelentong. Untuk apa ini semua direka. Bagi aku satu lagi hipotesis jahat untuk menimbulkan prejudis kepada regim baru yang mentadbir bilik berita.

Secara tiba-tiba selepas Datuk K bersara, ada suara tidak puas hati mengenai laporan di Gaza. Ada dakwaan yang aku tidak ikut cakap, tidak boleh buat kerja dan sebagainya. Paling best yang berkenaan menuduh Datuk K telah beri arahan supaya aku tidak lagi diberi tugasan di luar negara. Pelik kerana bulan Februari lepas, Datuk K suruh aku pergi buat liputan ASEAN Summit di Thailand, tetapi bila yang berkenaan masuk pejabat, orang lain yang disuruh ke sana. Hairankan? Macamana Datuk K boleh buat dua keputusan berbeza pada masa serentak? Datuk K tidak pernah cakap apa-apa masa di Gaza, sebaliknya memuji. Macamana boleh timbul cerita ini?

Satu lagi fitnah yang kemungkinan rasa iri hati? Hanya yang berkenaan dan Tuhan yang mengetahui.

Bagi si pembuat cerita, semua orang tidak betul. Dia terkenal dengan sikap prejudis terhadap sesiapa sahaja.Pandang rendah kepada orang lain menjadi lumrah. Sayang akal yang cerdik tidak digunakan untuk kesejahteraan orang lain.

Kerana mengejar pangkat dan kuasa, orang lain dikorbankan sehingga lupa akan Karma.

Selepas segalanya gagal dan terkandas beberapa tahun lalu, kerjaya menjadi nyawa aku. Aku korbankan segalanya untuk kerja. Tetapi apa yang aku ada cuba diainaya. Di mana letaknya keadilan?. Sedikit demi sedikit aku mula mempersoalkan kuasa Tuhan.

Kerja aku adalah nyawa aku. Tetapi mengapa aku terlalu kerap diuji? Adakah untuk menjadikan aku semakin jauh atau menjadikan aku semakin dekat.

Aku lahir sebagai wartawan dan akan mati sebagai wartawan. Akan aku hadapi saat-saat sukar dengan cara tersendiri.

1 comment:

  1. salam saya ingin mencari zuriat yang terputus pls contact me at 0123505333-tengku nain from pahang tq

    ReplyDelete