Kebelakangan ini, kemunculan stesyen radio swasta amat hebat. Dalam tempoh 10 tahun, jumlahnya mencanak-canak. Sesuatu yang positif berbanding sebelumnya. Memang tidak dapat dinafikan, kemunculan radio Era memberi penangan kepada perkembangan stesyen radio tempatan khususnya yang berbahasa Melayu. Dengan prospek pendapatan daripada pengiklanan, radio mampu memberi pulangan yang lebih baik berbanding dengan penyiaran televisyen.
Tetapi pernahkah kita menilai kandungan...corat coret terutama di waktu pagi. Secara rambangnya, Era, Hot FM, Suria dan banyak lagi sebenarnya tin kosong. Merapu entah apa-apa.
Eiiiii aku menyampah mendengar lawak bodoh Salleh Yaacob. Langsung tidak membina minda. Kak Engku pulak merapu-rapu. Lagi teruk bila deejay membaca berita. Tidak tahu hendak membezakan mana intonansi sedih, ceria gembira dan pelbagai lagi. Dalam erti kata lain mereka tiada sensitiviti.
Sama macam Nana, Farah Fauzana, Linda Onn dan spesis yang sewaktu dengannya. Semua syok sendiri.
No comments:
Post a Comment