Friday, July 24, 2009

Bawa Diri

Tidak sampai 28 hari lagi umat Islam akan menyambut Ramadan. Sebulan selepas itu, Hari Raya Aidil Fitri. Di pejabat ramai yang mula merancang untuk mengambil cuti. Aku seperti biasa secara sukarela akan bekerja, sampai hari keempat. Itu yang dapat aku lakukan bagi membantu mereka yang ada komitmen pada keluarga.


Selepas itu, selama 2 minggu aku akan bawa diri jauh dari sini. Jauh dari suasana raya, jauh dari kenangan, jauh dari si penipu dan mereka yang sewaktu dengannya. Aku perlu membuat perancangan terbaik kerana bajet kali ini cukup-cukup. Paling penting penginapan untuk seminggu telah percuma. Cuma duit untuk keretapi dan keperluan lain, perlu disediakan. Makan minum tiada masalah. Ngap jer.


Aku perlukan masa menyendiri.

"Hahhhh"

Itu keluh yang lahir dari naluri. Kebelakangan ini ini banyak perkara yang menyakitkan hati. Untuk ubat rasa marah a.k.a kesal biarkan ia berlalu. Kalau ada rasa geram, lepaskan pada rokok dan kopi. Tidak guna bercakap pada mereka yang mana mata hatinya telah mati. Kalau orang menipu, mengecewa, mempermainkan aku, biar mereka terus beraksi. Sampai masa mereka akan memenangi award @ anugerah. Banyak kategori yang boleh dicalonkan. Kategori plastik, kategori mulut manis, kategori ala-ala manja dan sebagainya. Sampai masa yang berkenaan akan terima habuan. Yang pasti aku akan bahagia dengan dunia aku.

Ke mana aku akan pergi? Jawapannya, biarlah rahsia.

Aku akan cuba teruskan perjalanan ke satu sudut dunia, jauh dari kawan-kawan dan kenalan. Seperti beberapa siri sebelum ini, aku akan kembara sendirian. Apapun aku merancang, Tuhan yang menentukan. Dalam bahasa ringkas, insya Allah, ia bakal menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment