Dulu jika ditanya kenapa berminat sangat menjadi wartawan, secara spontan aku menjawab kerana ingin melihat "dunia". Selepas berbelas tahun, telah banyak tempat aku jelajahi. Semoga menjelang Ramadan ini, aku berpeluang lagi menjengah dunia luar khususnya di kawasan konflik. Di situ aku temui nilai dan ketulenan diri.
Lupakan persekitaran yang "nyaman" di pejabat. Di sebalik nikmat melimpah ruah, alangkah baik seketika bermuhasabah. Aku bencikan kepuraan dan penipuan. Semoga aku terus dijauhi dan sememangny tidak ingin didekati insan yang bermuka-muka. Mereka hanya serasi dengan sang munafik. Biarkan kepalsuan bertemu keplastikan. Hakikatnya, penipu selamanya akan menipu, kecuali kuasa Tuhan yang mampu mengubahnya. Percayalah suara yang manja belum tentu menyayangi kita. Selepas berkali-kali ditipu dan tertipu, pengalaman menjadi Mahaguru daripada sekelian guru.
Beberapa keping gambar yang menyimpan seribu makna, daripada terperap alangkah baik dikongsi. Semoga ia menjadi pelengkap mimpi untuk kembali semula ke pentas realiti. Jika ada ruang, peluang dan kesempatan akan aku teruskan kembara. Lupakan ruang untuk bercinta...bak kata orang Minang selama ini aku, "menghabiskan boreh".
Sayang thumb drive yang menyimpan gambar di Acheh, Jogja dan Darfur telah gagal dikesan. Tetapi mereka yang aku temui sentiasa di hati walau tiada gambar untuk ditatapi. Beberapa keping gambar berikut menceritakan sedikit sebanyak warna perjalanan aku sebagai pengembara.




Barcelona....indahnya jika berbulan madu di sini...







Bagi yang berminat, jangan lupa mencuba...segalanya sah di sisi undang-undang Belanda.

Antara tempat aku melepak selama 3 hari di Amsterdam. Sebelah kanan Madame Tussaude.


Tidak pernah rasa asing di Perancis...


Disneyland Paris...sesak dan terlalu mahal.
apa menu yang pernah dicuba semasa di sensi seeds?
ReplyDelete