Jika orang luar menilai, tiada apa yang istimewa apartment yang aku beli sejak 10 tahun lalu. Tetapi selepas tinggal secara tetap di sini dua tahun sudah, aku semakin jatuh cinta. Dengan pemandangan yang masih diseliputi kehijauan bukan mudah ditemui di Lembah Kelang. Paling syok aku tidak perlu membayar harga yang mahal untuk itu semua. Jika terbabas di pagi hari, sebaik terjaga aku seolah diperli nyanyian sang burung. Ada ketika selepas hujan, bunyi cengkerik masih berdendang di sini.
Hampir setiap pagi aku memandang ke taman dan NKVE. Kehijauannya menyegarkan.
Kekadang jika tiada apa yang penting aku habiskan masa dengan membaca dan adakala memasak di rumah ini. Syukur aku mendapat jiran yang rata-rata baik hati dan tidak kay poh chee.
Pintu Bali yang digandingkan dengan meja kopitiam membangkitkan mood klasik.
Demi privacy, tidak ramai yang aku pelawa bertandang ke rumah ini. Boleh kira dengan jari. Aku tetap dengan pendirian itu. Aku ingin jadikan Rumahku SyurgaKu.
Sudut ini mengingatkan rumah oneng yang telah terjual. Kebanyakan rumah kaum kerabat kami mempunyai ukiran, tetapi akibat pembangunan, ia pupus ditelan zaman
Aku ingin kembalikan kenangan rumah 708, rumah arwah Wan dan Tokki, yang menjadi tempat kami dibesarkan. Tetapi untuk membawa sentuhan Terengganu ke sini ia membabitkan kos dan beban kewangan yang tinggi. Tetapi jika ada rezeki dan kesempatan, akan aku hidupakan warisan Terengganu biarpun di sebalik dinding konkrit.
Biarpun begitu beberapa peralatan dapur sempat aku bawa ke mari. Itu yang masih sempat diselamatkan, selepas penyewa rumah 708 merembat. Ada yang berusia lebih dari 150 tahun dan berasal dari istana Terengganu.
Jika dihitung, aku generasi keenam yang mewarisi peralatan ini.
No comments:
Post a Comment