Thursday, October 1, 2009

Masak-Masak

Aku telah kembali kepada rejim diet seperti yang sebelum ini. Di bulan Syawal, dugaannya amat ketara, semua makanan yang dihidangkan sedap-sedap. Aku tidak berenggang dengan tart nenas kesukaan aku. Ada masa sekali ngap sampai setengah balang. Pejam celik sejak Ramadan sehingga sekarang aku dah naik 3kg.

Aku tidak mengharapkan magic untuk kurus. Kekadang malas mendengar rungutan sesetengah orang.

" Aku nak turunkan berat badan, risau ah".

Tetapi di sebalik kata-kata itu, hampeh...makan masih tidak ingat dunia dan masih malas bersenam.

Sup Bawang antara kesukaan aku. Penyediaannya amat mudah selain ringkas untuk disajikan. Sup yang berasal dari Perancis ini berkhasiat dan mempunyai kalori yang rendah.

Resepi.

2 liter air rebusan ayam

2 batang saleri

2 batang lobak merah

Daun bay


Semua ini direbus dalam 15 minit. Semua bahan ini memberikan aroma dan tekstur yang menarik.

20 gram mentega

3 ulas bawang besar dimayang halus..lagi halus lagi bagus

Sesudu besar daun parsley dan lada hitam

Cara-caranya.



Rebus sayur-sayuran dengan stok ayam. Jangan lama sangat. Ia penting untuk dapatkan rasa dan aromatik.


Mayang bawang besar dengan sehalus mungkin. Ia bagi memastikan bila digoreng ia cepat layu.



Panaskan mentega dengan api yang perlahan. Jangan panas dengan api kuat dan jangan menunggu sehingga ia hangus. Bila dah cair masukkan bawang.



Masukkan bawang. Sebaiknya ia dileraikan satu persatu. Ia penting untuk memudahkan bawang digoreng secara serata.

Gorengan sampai bawang kekuningan dan menjadi separa pes. Jangan hangus kalau tidak rasanya akan lari. Ini memakan masa sikit. Lebih kurang dalam 20 minit.

Masukkan air rebusan sayur. Aku mesinkan lobak merah dan saleri dan kemudian tapis. Ia bagi memekatkan kuah. Masak dengan api perlahan dalam masa 45 minit dengan periuk tertutup. Selepas itu masukkan garam seckup rasa. Rasa manis datang dari bawang dan lobak merah. Sebelum tutup api masukkan daun parsley..aku pakai parsley flakes senang sbb boleh simpan dalam fridge. Penyudahnya kalau suka masukkan lada hitam.

Tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati makanan sihat. Kosnya murah. RM 12 untuk 4 orang makan.

1 comment:

  1. razali mushroom soup macam kat pizza tu macam mana nak buat?. Resepi engko ni aku kena cuba buat. macam sedap je. Aku pun dah mula balik kontrol makan. Bulan puasa dan raya memang tak boleh kontrol banyak sangat godaannya. Kadang rasa rugi jugak dah banyak turun, tiba-tiba naik balik

    ReplyDelete