Tuesday, October 20, 2009

Kehidupan

Bukan senang membuat perkara baik, tetapi mudah membuat perkara jahat. Satu frasa ayat yang ringkas tetapi tersirat seribu maksud yang mendalam. Aku cuba jadikan ia sebagai salah satu falsafah dalam mengharungi kehidupan.

Dalam menjalani liku hayat, selain iman menjadi pedoman, norma juga menjadi penunjuk arah agar tidak mudah sesat dek ona.

Di tahap sekarang aku amat bersyukur kerana masih bernafas, dapat mengecap nikmat kehidupan dengan penuh kesedarhanaan. Jika dibandingkan kelebihan akan banyak kekurangan. Jika dipusing sebaliknya, kita akan melihat banyak kelebihan di sebalik kekurangan.

Hakikatnya kita payah bersyukur dengan apa yang dikecapi. Dan untuk belajar mensyukuri nikmat, perlukah kita diuji?

Segalanya bergantung kepada qada' dan qadar yang ditentukan Nya. Setiap seorang daripada kita ada ujian tersendiri. Untuk membuktikan sejauh mana, makhluk bernama manusia menzahirkan dugaan, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan. Kerana segalanya akan kembali kepada rukun iman iaitu percayakan qada' dan qadar. Dalam ertikata ringkas, keutuhan terhadap ketentuan baik dan buruk yang disuratkan Allah.

No comments:

Post a Comment