"Bila nak kahwin"?
"Sampai bila hendak hidup bujang"?
"Lupakan saja yang lama diakan dah kahwin"?
Ia antara soalan yang cukup membuat aku rasa tidak selesa dan merasa rimas. Paling aku benci bila pertanyaan ini dijadikan mukadimah perbualan. Asyik-asyik benda yang sama. Kalau nak sangat makan nasi minyak, aku boleh tempah yang paling baik dari K. Trg, tetapi jangan jadikan nasi minyak kiasan. Aku benci. Sesetengah tu yang menanya boleh pakai BMW 7 Series, set Louis Vutton (sekali pandang dah macam rimau bintang dari handbag, skarf dan kasut pakai LV)gelang emas sampai ke siku, kalau teringin sangat nak makan nasi minyak, bukannya tidak mampu nak tempah. Ini tidak, macam burung kelicap.
Pertanyaan sebegini membuatkan aku semakin jauh hati dengan sebahagian daripada ahli keluarga dan kaum kerabat. Sebaliknya aku lebih selesa dengan suku sakat sebelah mat salleh, kerana mereka tahu batas privacy. Paling tidak apabila bertemu, kami bersembang menjurus kepada isu semasa, kerjaya dan minat. Bukan nak jaga tepi kain orang dan sibuk nak menanya itu dan ini. Begitu juga dengan mereka yang di sekeliling, lebih baik tidak payah berkawan dengan mereka yang menyibuk hendak jadi pencari jodoh. Rumahtangga sendiri huru hara, sibuk nak jaga hal orang.
Di pejabat aku ada 2-3 orang. Aku dah lebel dan tidak akan mendekati mereka. Kalau kisah sensasi orang bercinta, putus tunang, cerai berai, dialah jadi dj kat corner. Ada satu tu nama aja kahwin, tapi kena tanggung laki. Tang aib diri sendiri tau diam, sebab berbelas tahun kena bagi nafkah zahir dan batin ke laki. Cukup masa beranak dan laki yang menjaga serta uruskan rumahtangga. Dunia terbalik kan. Ada tu sudahlah muka tak cantik, betis berkarat, ditambah lagi dengan peel yang jelik.....heeee. Bila agaknya spesis macam ni nak insaf.
ini mentaliti orang kita, cakap pakai kepala lutut.
ReplyDelete