Wednesday, October 21, 2009

Aku dan Rokok

Merokok membahayakan kesihatan, semua orang tahu. Bagi kaki rokok, selagi ada daya di situ ada kemahuan. Sejak 3 tahun lalu, undang-undang melarang premis awam seperti kompleks membeli belah, pusat riadah dan lain-lain, dijadikan tempat merokok. Satu tindakan yang bagus bagi mengekang tabiat ini. Tetapi apalah sangat, undang-undang tetap undang dan perokok tetap dengan rokok.

Bagi kaki merokok ada sahaja cara untuk melepaskan gian. Tempat yang paling baik adalah tandas....di rumah, tempat kerja, sekolah, kompleks membeli belah dan di mana sahaja, pasti ada tandas. Ini satu kelebihan bila gian naik ke kepala.

Sesetengah individu seperti aku, tabiat merokok sukar ditinggalkan. Bermula secara kecil-kecilan pada usia 14 tahun sehingga sekarang hampir mencecah 40 tahun, ia menjadi darah daging. Sekali sakit, masa tu nak berhenti tak dan dan, bila sihat lain pula cerita. Ada sahaja alasan untuk perasap.

Bagi mereka yang pernah berada di sekolah berasrama, tandaslah tempat yang selalu menjadi sasaran spot check. Ramai yang kantoi dan kena public canning. Sakit oooooiiiii kena sebat kat bontot. Sakit tak apa lagi, yang tak tahan surat guru disiplin melayang ke rumah. Ni yang tak best ni.

Semasa di SMAASZA dulu, ramai yang tak tahu aku merokok, tipsnya mudah bagi mereka yang tinggal di asrama, jangan kongsi rokok dengan kawan-kawan. Kalau gian sangat pergi belakang tempat yang orang takut..."berhantu" pasti selamat. Satu lagi simpan rokok kat kawasan terbiar, longgokan meja ker, celah surat khabar lama ker..cubalah. Jangan sesekali letakkan bawah bantal.Kalau kongsi ramai-ramai, satu kantoi semua kantoi. Selama 4 tahun saya terselamat....alhamdulillah. Tidak pernah dijemput untuk naik ke dewan untuk menerima anugerah rotan...tidak seperti John, sekarang Pendaftar Fakulti Undang-Undang UKM....banyak pingat ko dapat, bukan sarjan...tapi kolonel.

Akibat rokok di tandas juga ramai yang kena buang sekolah. Tengok macam Semut, Joe(Singkatan Jongang) dan Tom (Singkatan Tompel) kena pecat sekolah kerana degil hendak bercinta dengan rokok. Tapi kalau nama rezeki, siapa sangka kau orang tetap dapat masuk U...

Bila sambung belajar kat U, merokok tidak menjadi kesalahan, dah bebas, tukar citarasa dulu Dunhill, alih kepada Salem, lepas tu Marlboro . Rokok jugalah menemukan kawan yang sampai sekarang kami masih akrab. Yang pasti semasa di Kamsis F, tandas kami semua berasap terutama di keheningan pagi. Dari asrama sehinga ke flatlet. Sambil menunaikan hajat masing-masing menyalakan asap.

Tiga tahun lepas masa jumpa Wo Ann kat Alam Tamadun Melayu yang tgh buat phd, tandas juga jadi tempat kami melepaskan gian. Yerlah sekarang ni peraturan ketat. Dulu boleh main cak kun cap dgn pak guard dan mak guard...kejar mengejar, sekarang dah tua, tak sanggup lagi. Jadi tempat paling selamat adalah di tandas.

Dulu masa jadi orang gomen, tabiat yang sama. Hisap rokok kat tandas. Yerlah kita ni penjawat awam ramai yang dok tengok.

Tetapi yang ketara, merokok diharamkan di rumah. Bila orang tak ada tandas juga jadi pot. Yang tak best kena sound pasal bau...

Sekarang bila ada umah sendiri, tandas juga menjadi tempat best untuk merasa nikmat asap tembakau. Bagi mereka yang tak biasa jangan mencuba, kan nanti kena semput....kalau nak merasa kelainan apa salahnya. Tapi ingat, sendiri buat sendiri tanggung.

Sebenarnya, aku dalam proses berhenti merokok. Dah berkali-kali menanam tekad. Rasanya Dr. Rohaya dan Dr Roslan dari DSH dah jenuh menasihatkan aku, tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Pejam celik dah 2 bulan aku tidak beli rokok. Tetapi bukan bermakna aku berhenti merokok.

Mungkin aku mati kerana berpunca daripada kedegilan merokok? Wallahu a'lam.

1 comment:

  1. rata-rata kawan aku semuanya merokok. Aku try jugak dulu, entah tak mau jadi ketagih,

    ReplyDelete