Membuat tugasan Ribut Ketsana dan Parma di Filipina awal bulan ini, bukan tugasan mudah. Segalanya mencabar mental dan fizikal. Tetapi ia tidak menghalang aku memberi hasil yang terbaik. Bagi aku bila melakukan tugasan di luar bukan bahasa, makanan dan faktor alam yang akan menghalang atau menimbulkan masalah.
Sebaliknya faktor kewangan. Ia amat mustahak. Aku diberitahu jam 7 pm untuk berlepas jam 7 am kesokan harinya (3 Oktober). Aku cuma mendapat wang petty cash rm 1200. Seciput itu aku perlu gunakan untuk bil telefon, makan dan transport. Penginapan? Aku terpaksa pakai Cik Citi. Menunggu duit syarikat masuk, haram ...sampai balik baru mereka bank in.
Ia menjadi perencah pahit manis bergelar wartawan. Bukan sekali aku berdepan dengan situasi yang mencabar. Dulu semasa di gempa bumi di Bantul, Jogjakarta, aku cuma ada duit poket rm 150 untuk buat coverage selama 7 hari. Menjadi wartawan di zon bencana, mendesak segala pengalaman digunapakai.
Aku olah kepahitan menjadi permata berharga. Ia menjadi pendorong dan bukannya pematah semangat. Kerana aku lahir sebagai wartawan dan Insya Allah akan mati sebagai wartawan.
Kepada pihak yang sudi memberi komen laporan aku yang disiarkan dalam Buletin 1.30 dan Buletin Utama, terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Kepada kawan-kawan di Fakulti Komunikasi UITM Alor Gajah, aku amat menghargai kerana sudi menjemput insan kerdil ini berkongsi cerita.
Aku gunakan segala kudrat untuk ke kawasan bencana yang terletak di pinggir Manila. Naik MRT, LRT dan Jeepney.
Aku tiba di Marikina City dalam jam 11 pagi. Bau busuk tiga kali lebih teruk berbanding lori sampah. Tetapi aku masih boleh tahan.
Hidung kembang kempis, tetapi atas nama tugasan, aku mesti lengkapkan laporan.
Ikutkan hati cuak hendak redah air yang telah bertakung lebih 5 hari. Tetapi kerja lebih penting dari segalanya
Hidup mula kembali seperti biasa, tetapi mangsa mengakui mereka tiada wang untuk membeli keperluan.
Restauran Malaysia terletak di depan ibu pejabat Philipine Airlines-PAL Building
Sekali aja aku makan di sini, selain harga mahal servis amat lembab.
Kenderaan ini aku gunakan untuk pergi Valenzuela City. Pungkok aku kematu sebab tidak ada kusyen dan keadaan jalan yang huru hara. Beg Nike menjadi kesayangan aku. Ia menjadi peneman aku semasa memasuki Gaza awal tahun ini. Selepas ini boleh lelong untuk amal.
Pengalaman ini yang tak semua orang ada, mahal sangat harganya. Kalau tak keberatan aku nak muatkan artikel ni dalam blog aku.
ReplyDelete