Wednesday, September 30, 2009

Mulut

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"...Ucapan itu pasti akan terpancul hampir dari semua orang Melayu yang beragama Islam. Di negara ini, ia menjadi sesuatu yang sinonim. Kekadang aku melihat macam burung kakak tua. Tahu melafazkan tetapi tiada penghayatan. Cuma tahu cakap, sedangkan falsafah dan pengertiannya hanya berakhir di bibir mulut.

Aku mengaku dan malu kerana tidak sampai 10 buah rumah pergi beraya. Selain kerja, malas hendak menjawab soalan cepu emas, membuatkan aku lebih rela memanjakan diri di katil sambil membaca buku.

Bak kata kawan aku Mona, pagi-pagi minta maaf, salah silap dan sebagainya, tidak sampai 5 minit selepas berkumpul atau bila pergi ke dapur mulalah ada sesi pok pek pasal orang itu, orang ini. Perbuatan mengumpat, agenda paling mudah mengundang dosa. Atas faktor itu, Islam mengkategorikannya sesuatu yang tercela.

Sayang seribu kali sayang, roh sebulan berpuasa, hilang sekelip mata di saat kita meraikan kemenangan melawan nafsu.

Insiden berlaku ketika aku pulang beraya di Kuala Terengganu. Aku ditanya soalan yang membabitkan perkara peribadi. Aku faham bagi orang Melayu, soal jodoh, kahwin, cerai dan yang sekufu dengannnya berada dalam tangga teratas untuk melariskan air liur.

Perkara itubertalu-talu dibangkitkan. Kali pertama aku diam, kali kedua aku senyum, kali ketiga aku tunduk dan bila keempat, aku merasakan sudah tiba masanya yang menanya dipulangkan paku buah keras.

Bayangkan aku ditanya di hadapan awam dan yang menanya dengan gigi jonggang gelakkan aku. Apa engkau orang ingat aku badut, sehingga tiada harga diri.

Demi maruah, aku bersuara sinis.

"Orang Islam diajar, tidak mengaibkan orang lain, bila berjumpa ucapkan kata-kata yang elok dan tidak menyakitkan orang lain".

Yang bersuara tetiba diam. Jadi ini peluang aku untuk melepaskan kemarahan dengan berhemah.

" Kenapa hendak menanya perkara peribadi. Banyak lagi benda berfaedah. Setiap orang ada maruah sendiri dan bla bla....".

Akhirnya yang berkenaan meminta maaf. Aku terima, tetapi kemudian aku beredar dalam senyuman yang begitu hambar...hati aku tercalar, cerita peribadi dan maruah aku tidak semurah itu untuk dijaja dan digelak ketawa....Mood beraya aku beransur mati, tanpa berfikir panjang aku hidupkan kereta dan terus pulang ke Kuala Lumpur.

1 comment:

  1. Razali aku sinmpati ngan engko, Sebab 2 ke 3 orang member aku yang masih solo walaupun umur dah melepasi 40 selalu di ketawakan apabila ditanya bab yang sensitif di khalayak ramai. Aku yang berasa sakit hati apabila perkara tu berlaku pada kawan baik aku. Selalunya aku akn defend kawan aku. Yang menanya tu macam tak de perasaan, Aku cukup sakit hati ngan orang macam ni.
    Dalam keluarga aku pun ada 2 ke 3 orang perangai macam tu, suka tanya hal peribadi di khalayak ramai, padahal apabila berdepan one by one tak berani pulak dia tanya. Kadang-kadang soalan yang sama di tanya tahun lepas dan tahun lepas diulang balik. Kemudian gelak ramai. Aku selalu kena, maklumlah badan gemuk dan tak handsome macam orang lain. Aku pendam je nak melawan tak boleh semua pangkat bapak sedara aku. Teriam je lah. Hati rasa bernanah

    ReplyDelete