"Assalamualaikum. Aku dah balik KL pagi tadi. Ada perkara di pejabat yang aku perlu selesaikan".
Aku lega sekurang-kurangnya dia masih berminat untuk bekerja. Aku ingin dia fikir panjang dan tidak membuat keputusan dalam keadaan yang marah dan tidak stabil. Semoga selepas membawa diri, dia akan banyak bermuhasabah. Biarlah orang yang dia pernah sayang permain dan persenda perasaannya.
Sebelum bertolak hari itu, dia masih berharap untuk berjumpa dengan yang berkenaan, sanggup siapkan kerja dengan tergesa-gesa, semata-mata untuk berjumpa. Tetapi kesudahannya harapan tinggal harapan. Aku tahu dia kecewa.
Dalam sembang, dia mengakui apa yang dilalui kini menjadi kenangan. Dengan perlahan lontaran suara berbunyi.
" Biarlah dia dengan dunianya. Aku tak sanggup selamanya ditipu. Aku terima apa yang berlaku sebagai takdir. Ia menjadi pengalaman. Ada hikmah dan pengajaran. Sudah cukup kesabaran dan kesetiaan aku diuji. Satu masa dia akan berfikir yang sepanjang tempoh perkenalan kami, tidak pernah terdetik untuk mempersiakannya. Aku ingin jadikan dia pelengkap kebahagiaanku. Memandangkan dia masih ingin bebas berkeliaran dan enggan mengakhiri hubungan dengan komitmen, aku terpaksa ucapkan selamat tinggal. Keputusan ini amat menyakitkan. Semoga dia bahagia dengan cara hidup yang dipilih.
Aku ingin mengecap rasa bahagia sebelum menutup mata. Sebenarnya masa semakin singkat. Kita tidak tahu bila saat itu akan tiba. Aku akan berusaha hidup sendirian, seperti kau".
Kata-kata itu, aku sambut dengan penuh makna.
Selama mengenalinya, aku menjadi kotak hitam. Dengan kata-kata itu bermakna sebahagian semangatnya telah patah, sedangkan dia.......................ahhh! biarlah ia menjadi rahsia kami.
Aku juga khuatir kerana dia berkeras untuk membuat satu lagi keputusan.
No comments:
Post a Comment