Bagi pasangan yang berkhawin, kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap kebahagian. Sama ada sang isteri atau si suami, secara fitrahnya akan cuba mengekalkan perkahwinan sehingga ke akhir hayat.
Tetapi bak kata peribahasa, harapkan panas sampai ke petang tetapi hujan di tengahari. Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Lantaran takdir mualiq, perceraian diharuskan syarak.
Dalam situasi ini, hasil perkongsian hidup yang dinamakan anak@ cahaya mata akan menjadi tumpuan. Keadaan semakin rumit bila anggota keluarga yang lain campurtangan. Meskipun ada jalan, dek kegoan, mereka tersepit.
Lazimnya, Mahkamah Syariah akan memberikan hak penjagaan kepada ibu. Lainlah kalau ibu murtad, sasau atau sebagainya, ketika itu bapa akan mendapat hak.
Si ayah akan diberi peluang berjumpa untuk tempoh masa tertentu. Itu arahan mahkamah, yang mana keputusan yang dibuat berlandaskan hikmah dan budi bicara hakim.
Tetapi dalam kebanyakan kes, bapa terus tersisih, terutama bagi yang mengambil perceraian melalui sulh. Lebih teruk bagi mereka berkahwin di luar negara dan tidak mendaftarkannya di sini.
Si emak yang mendapat hak penjagaan adakala bersifat di luar natijah keibuan. Tanpa mempedulikan emosi anak yang tempang kerana perceraian, mereka bersifat besar kepala dan enggan membenarkan bekas suami mendekati anak. Keadaan menjadi semakin ketara, apabila ahli keluarga seolah-olah memberi restu. Matlamatnya hanya satu, membalas dendam.
Mereka lupa yang kasih sayang seorang ayah tidak akan putus, walaupun tidak lagi beregu dengan ibu.
Ramai bapa tunggal merintih kerana kekejaman sang janda. Adakala mereka dihina seolah-olah tidak mampu menampung perbelanjaan anak. Kisah penderitaan mereka terpinggir. Dalam drama ker, filem ker wa ima akhbar menggambarkan bapa jahat kerana tinggalkan anak, memang itu sebahagian fakta. Tetapi ia terlalu sensasi dengan momokkan. Bagaimana pula dengan nasib si bapa yang dihalang mencurahkan kasih sayang kepada anak. Kalau ibu tunggal ada menteri yang bertanggungjawab dan disokong dengan ratusan NGO, bagi bapa tunggal, tidak ada siapa peduli.
Lebih malang apabila menelefon, si anak tidak mengenali si bapa kerana ajaran sang ibu. Anak keliru sehinggakan memanggil bapa kandung sekadar "uncle". Dalam keadaan ini, sekeras mana hati lelaki, percayalah sebenarnya mereka menangis. Buat si janda tidakkah mereka terfikir tanpa benih lelaki, anak tidak akan zahir ke dunia.
Hakikatnya tidak ramai yang tahu penderitaan mereka. Mungkin kerana sifat lelaki yang mengalah atau malas berurusan dengan kelecehan wanita. Bagi yang kecewa, ada yang merajuk membawa diri. Mereka mengharapkan satu masa si anak akan datang mencari. Jika umur panjang, akan jumpa, tetapi bagi umur pendek, mereka akan menghadap Sang Pencipta dengan penuh rasa terkilan.
Bagi bapa tunggal yang disisih dari zuriat, Hari Bapa yang bakal tiba tidak lebih satu lagi detik yang menambah derita.
No comments:
Post a Comment