Wednesday, June 10, 2009

Kembali Kepada Sang Pencipta

Sedang asyik menonton National Geographic, tetiba bertalu mesej masuk. Entah apa yang tidak kena dengan Maxis, banyak betul miss call. Tetiba ada mesej daripada Esah Maria, " Abang Ali, Mek dah tak ada.

Sejurus selepas itu, Melaney telefon, tanpa dapat mengawal keadaan dengan teresak, "Abang Ali Mek meninggal.

Aku tergamam. Benar-benar tergamam, nenek saudara yang tidak pernah lokek menjamu kami, telah pergi buat selama-lamanya, pulang mengadap Yang Esa.

Allahyarhamah, Wan Sannah Wan Yahya, merupakan adik sebapa dengan arwah nenek. Kali terakhir berjumpa bulan April lepas sewaktu kami ada gathering di Kuala Terengganu. Masa itu bersungguh ajak aku makan dan minum kopi O. Seperti biasa ada saja buah tangan. Kain pelekat pemberian arwah masih aku simpan. Itu hadiah terakhir.

Beribu kemaafan kerana tidak dapat pulang ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pengebumian. Aku pasti yang arwah akan disemadikan di Kubur Cengal, tanah perkuburan milik keluarga kami yang diwakafkan oneng di Pulau Duyung.

Mesej daripada Yvonne Basri, membuatkan aku termenung, sibuk sangat aku....penting sangatkah aku sehingga bila ada kematian tidak mampu pulang berkongsi kesedihan dengan saudara mara....

"Bayie , Kak Da, Abg Azley, Kak Jah, Kak Esah dan Luqman balik Terengganu malam nie, we hv to be strong...Abang Ali take care kat sana k".

Maafkan abang....OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO.

Untuk arwah yang dari kecil aku panggil Che Ngah @ Mek, maafkan Ali kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir, tetapi Ali berjanji akan sentiasa pulang ke Terengganu. Seperti ikan, aku akan tetap pulang ke lubuk.

AL-FATIHAH


No comments:

Post a Comment