Bagi 50 rakan setugas, hari-hari yang dilalui minggu ini menjadi saat menggembirakan, apa tidaknya mereka menerima surat promosi, kena interview untuk kenaikan gred dan gaji.
"Kau tidak dapat surat ke?"
Aku tersenyum, dan menjawab dengan perlahan.
"Tak ada rezeki, lain kali kot".
Memang jawapan ringkas, tetapi tetapi aku sebolehnya enggan berkongsi rasa dengan rakan sepejabat, di sini wayang mereka amat tinggi.
"Kau pergi Darfur, Myanmar dan Gaza. Berpuluh story kau buat bukan dia orang tidak nampak?.
Suntikan semangat member yang cuba provokasi. Aku cuma menjawab mudah dan aku harap tidak lagi diajukan soalan seperti itu.
" Aku tidak pakai kipas atau aircond, aku ni pecinta alam sekitar, jadi aku pakai angin semula jadi untuk menyejukkan bos. Macam kau orang lainlah, kadang-kadang pakai kipas dengan aircond serentak. Sampai masa aku akan dapat apa yang sepatutnya. Tetapi untuk mengainaya orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri, itu bukan aku. Kerja aku yang akan menilai aku, laporan aku yang akan menilai aku. Aku tidak pernah ponteng atau datang lambat jauh sekali menular".
Biarkan mulut busuk mereka terus ternganga. Itu jawapan aku. Aku tidak perlukan ulasan daripada manusia seperti ini, kerana ia akan dimanupulasi.
Aku lebih rela meluahkan dalam blog daripada berkongsi dengan mereka. Tiada siapa tahu atau, kalau ada yang tahu buat-buat tidak tahu dan butakan mata, pekakan telinga. Sejak pengambil alihan, NTV7, aku jadi macam bola. Dipinjam ke TV9. Masa itu aku menjadi mangsa, sebab bukan kroni. Terlepas lagi promosi. Sepanjang TV9 aku memang tidak boleh bernafas, bos yang in charge tu maha pilih kasih. Appraisal aku 5 boleh potong jadi 3.(Mamat siot ni dah berhenti, kena makan sumpah). Kemudian bila aju memo hendak berhenti, baru dipanggil balik ke Unit Berita Luar Negara.
Memang aku diletakkan di tempat yang aku mempunyai kekuatan. Tetapi sejak 5 tahun lalu, aku tidak mendapat sebarang promosi. Kenaikan gaji aku masih average..hanya sekali aku dapat lebih 10 peratus. Di manakah keadilan dalam menilai kecekapan dan produktiviti.
Aku terus tersisih dengan beza gaji yang jauh lebih rendah berbanding junior. Paling mengecewakan gaji budak SPM lebih tinggi dari aku. Mereka dapat claim macam-macam, aku dapat taik mata bila kerja lebih masa.
Mungkin kerana aku manusia yang tahu datang ke pejabat, duduk di meja dan bekerja...bekerja...bekerja. Tidak cuba menjadi ahli jemaah mengumpat di kantin. Menjauhi kelompok tertentu yang "perasaan". Menjadikan aku tersisih. Aku menjadi bahan cerita kerana cerewet, terlalu tepat masa dan bla bla bla..Mungkin pihak pengurusan hanya nampak aku bila mereka memerlukan. Bila tiba masa hendak buat penilaian, aku seoalah-olah tidak wujud.
Tidak guna sekadar mengucapkan " bagus your story" setiap kali lepas on air. Sebagai pekerja aku perlukan jaminan dalam bentuk gaji dan kedudukan. Saban tahun aku meletakkan harapan akan ada revise terhadap gred aku dan bukannya berakhir dengan "hampeh".
Kebelakangan ini intelektual dan kredibaliti tidak lagi dilihat sebagai elemen penting kenaikan pangkat. Memang ada ujian dan sebagainya, tetapi ia bergantung atas budi bicara.
" where you go sir"...adakah orang yang mempunyai penguasaan bahasa setakat ini, terus dibiarkan naik pangkat.
Bak kata kawan senasib, kita akan dikenang selepas tiada. Aku setuju.
Tetapi, untuk tahun ini, aku tidak akan beralah. Tidak akan membiarkan hak aku terus dinafikan, jangan biar kaduk naik junjung.