"Aku akan tender notis berhenti esok, selepas rayuan untuk cuti sebulan ditolak. Seandainya kali ni tidak diterima lagi, aku akan berhenti dengan notis 24 jam".
Aku akan mendengar segala yang tersirat, aku ingin dia luahkan segala yang terbuku. Aku faham yang dia mungkin ada perancangan sendiri untuk bawa diri dari kemelut akibat ditipu orang yang paling dia sayang.
"GM suruh aku ambik cuti, tetapi bukan sekarang. Dia tidak tahu apa masalah aku dan aku tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang aku alami. Kau tahu tak, di sini (Pick and Brew) kami jumpa beberapa bulan lalu. Dia beri aku harapan. Ini buktinya sambil membiarkan aku membaca sms berkenaan.
Aku merana kerana sayangkan seseorang. Aku akan mati kerana kecewa".
Aku tidak mahu bercakap banyak. Biarkan sahaja dia luahkan perasaan. Aku membuat kesimpulan @ hiptesis tersendiri mengenai masalah ini.
Kawan aku ditipu kerana pelbagai sebab.
Pertama, yang menipu memang ada yang lain dan keluar dengan kawan aku cuma untuk mengisi waktu.
Kedua, kawan aku cuma menjadi testimonial untuk menguji kesetian dan apa jadah lagi.
Ketiga, kawan aku hanya bertepuk sebelah tangan dan layanan yang diberikan si dia selama ini hanya sekadar manis di mulut.
Apapun, dalam erti kata lain kawan aku telah dipermainkan. Hati, perasaan, mental dan fizikalnya telah rosak dek permainan orang yang dia sayang.
Ada benda yang tersirat kenapa aku katakan demikian. Aku mendalami yang dia sekarang sedang berjuang tetapi apa yang berlaku menjejaskan semangatnya. Aku faham dia luahkan ini bukan untuk meminta simpati. Dia tidak akan mengemis jauh sekali dari merayu, apatah lagi selepas teruk dipermainkan. Dia ada maruah dan harga diri.
Bak kata dia.
"Selama ini aku hidup atas prinsip...Aku cuba menjadi manusia jujur, setia dan ikhlas tetapi pengalaman yang aku lalui seolah-olah mendorong dan mencabar aku untuk menjadi manusia yang baik. Mungkin takdir aku begini".
No comments:
Post a Comment