Tengahari tadi, sebaik habis solat Jumaat, pergi O'Brien. Jumpa kawan, ada sesuatu yang ingin dia ingin luahkan. Masih berkisar kisahnya yang ditipu.
"Aku datang pejabat sebab aku nak rayu mintak cuti tanpa gaji. Aku submit 3 hari lepas tapi GM tak bagi".
"Eh kau nak gi mana cuti lama-lama". Aku menanya.
"Entah aku sendiri tidak tahu, aku nak bawa diri..damage has been done. Untuk tempoh masa terdekat, aku lemah sangat untuk berada di KL. Jadi aku ingin back pack ke mana-mana, tapi bukan di sini. Aku ingin dapatkan semula kekuatan. Aku cuba terima kenyataan yang dia tidak menyayangi aku, mungkin bagi dia tidak pernah wujud perasaan itu. Aku yang terlebih menyayangi dia"
Aku lihat kudup mata dia yang semakin kuyu.
"Kau pergi mana semalam". Aku bertanya.
"Aku pergi ke Lumut dan selepas itu menghala entah ke mana-mana. Di mana rasa sesuai di situ aku tidur. Pagi tadi aku balik. Sejak insiden itu hari aku tidur tak sampai 10 jam. Aku bukan menyeksa diri tapi aku cuba terima hakikat, ini yang aku terima. Dia sms dan kata aku emosi lepas itu call aku. Yer aku emosi sebab aku terlalu sayang....sayang sangat, selama ini aku cuba perbaiki diri, mencari duit lebih demi dia.
Sekarang aku terima hakikat, sumber inspirasi yang selama ini aku puja tidak lebih hanya imaginasi. Aku makan hati. Aku ingin cuti dan pergi jauh dari sini...jauh, jauh".
Muka kawan aku semakin sedih, bebayang mata nampak hitam. Kau makan tak? Aku bertanya sebagai kawan.
"Aku makan, tapi tak selera.
"Aku masih teringat dia, setiap saat tak pernah lupa dan sekarang aku cuba melupakan dia kerana aku tahu bagi dia aku hanya objek bernama manusia".
Aku biarkan sahaja kawan aku meluahkan perasaan. Mungkin ini cara terbaik.
"Lepas ni kau nak gi mana lagi".
"Pejabat...kan aku dah cakap nal rayu diberi cuti tanpa gaji, aku perlukan masa. Saat macam ni aku terbayangkan superbike lama, best kalau ada dapat aku pecut laju-laju, lepaskan tension. Kalau apa-apa berlaku sekali jalan. Kaupun buat macam tu dulukan, suka pecut laju bila ada masalah".
Aku faham apa yang dia cakap kerana dulu aku lalui perasaan yang sama.
Hanya Irish Brew Coffee, itu yang menjadi hidangan kami, dia menolak untuk makan.
Perbualan kami tidak lama, kerana dia berkeras ingin ke pejabat untuk merayu supaya diberi cuti tanpa gaji. Aku tidak mampu menghalang. Apa yang aku khuatir, dia kembali ke perangai lama merokok, ganja dan lalok.
Aku harapkan, akan ada kekuatan dalam dirinya untuk lalui kekecewaan ini. Aku ingin lihat seri di mukanya bersinar kembali. Dia pernah berkawan dengan orang lain sebelum ini, tetapi tidak seistimewa yang ini. Aku faham, dia terlalu sayang tapi apa guna kalau dipermainkan.
Kata-kata, kau dengar lagu Sheila on 7, Berhenti Berharap yang diakhiri kalau kau tak jumpa aku lagi, sedekahkan aja al Fatehah, menyentap perasaan aku sebagai kawan.
No comments:
Post a Comment