Keadaan persekitaran, adakala penuh dengan tekanan. Saya akui, kebelakangan ini mutu kerja tidak sebaik sebelum ini. Bukan fokus yang lari, tetapi terdapat sesuatu yang tidak mungkin diwadahkan di sini.
Pada masa tertentu saya bekerja 7 hari seminggu, ia kepuasan yang dicipta, untuk mengecualikan diri daripada situasi semasa. Itu pandangan saya. Tetapi bagi orang lain, ada saja yang tidak kena. Biarkan mereka. Paling penting saya bekerja bukan untuk jadi mengampu. Ikhtiar demi sesuap nasi, mencari rezeki yang halal.
Saya cuba menggelak daripada menganggu busut berhantu. Biarlah mereka terus menjadi puaka. Tetapi kalau puaka sampai bila-bila akan terus jadi celaka. Menyakitkan hati orang lain bukan sahaja dengan kata-kata tetapi adakalanya tidak reti bahasa. Sayang perempuan tidak lagi mempunyai kewanitaan kerana terdorong untuk menjadi betina.
Pengalaman ini adakala menambah darjah kemarahan terhadap perempuan bermulut jahat. Tetapi kerja tetap kerja. Jangan sesekali campuri kerja dengan urusan peribadi. Persoalannya sampai bila?
bercuti mampu hilangkan tekanan
Saya terus diserang dengan umpatan. Biarlah sebab yang mencanang memang dikenali bermulut jahat. Semoga Tuhan memberi taufik dan hidayah sebagai pengajaran. Hanya blog ini menjadi laman untuk melepaskan rasa terkilan dan kemarahan kepada yang berkenaan. Tidak guna berdepan untuk menegur, kerana al maklum minah ini bukan spesis yang mengaku kelemahan diri.
No comments:
Post a Comment