Kata ini akan saya jadikan sempadan, betapa di sekeliling ada sahaja mereka yang ingin mengambil kesempatan.
"Dulu masa saya hendak bawa awak balik ke TV3, macam-macam orang cakap, awak agresif. Susah handle. I kata tak apa, saya tahu nak handle. Selepas 2 tahun dekat foreign saya tidak nampak ada masalah. Awak buat kerja".
Itu kata-kata Datuk Kamarul Zaman Zainal, Ketua Pengarah Berita Kumpulan Media Prima Berhad, sewaktu saya bersembang.
Datuk Kamarul Zaman atau lebih mesra Datuk K, saya anggap sebagai mentor, insan yang banyak membantu ketika saya dihumban dengan hasad dengki dan kejahatan rakan setugas. Selama ini saya terima dengan tangan terbuka terhadap sebarang teguran.
Beliau yang bersama-sama saya sewaktu menunaikan umrah, memberi 1001 kata perangsang. Sayang sekali manusia sebaik ini, terpaksa beredar keluar dari Bilik Berita dan Ehwal Semasa.
Itulah sepak terajang dunia media di negara ini, segalanya tertakluk kepada pucuk pimpinan. Nasihat beliau, supaya saya teruskan yang terbaik akan dilaksanakan. Demi profesionalisme, saya akan akur kepada siapa sahaja yang menjadi ketua. Tetapi jasa dan budi baik Datuk K, Allah sahaja yang dapat membalas. Ingatan murni akan dibawa semadi ke liang lahad.
Paling ketara sekarang, kaki ampu dah mula pasang strategi. Ada juga yang dah mula panas bontot. Sebab tidak tahu apa nak jadi.
Kepada Allah, aku berserah, lindungilah diri hambaMu dari fitnah dan kejahatan duniawi.
Semoga di bawah regim baru, aku terus diberi peluang untuk membuat liputan berita luar negara, khususnya ke zon konflik. Ikrarku hanya satu "Hidup dan Mati Sebagai Journalist"
No comments:
Post a Comment