Friday, October 23, 2009

Di Mana Ku Cari Ganti

Di Mana kan Ku Cari Ganti

Hendak ku nangis Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman

Kalau nasib
Sudah tersirat
Begini hebat
Apa nak buat

Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan perhati patah, hidup gelisah

Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalkan sendirian
Tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada bergema
Keluhan hatiku membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan berduka
Menangis bersama, selama-lamanya

Tiba-tiba sebelum solat Jumaat tadi, lagu berkenaan menyinggah dan menjadi halwa telinga. Secara tidak sengaja aku mula melayan. Dalam keadaan terpana, sedikit demi sedikit mulut aku berkumit mengikuti lirik lagu dendangan allahyaham P Ramlee.

Lagu evergreen ini menceritakan betapa sukarnya meneruskan hidup selepas pasangan berpisah sama ada hidup atau mati. Sama ada sukarela atau sebaliknya. Moralnya, bukan mudah untuk meneruskan hidup dalam hati terus merindui. Adakalanya, kerinduan boleh membunuh.

Allahyarhamah Puan Sri Saloma selalu mendendangkan lagu ini. Aku masih ingat pada hari-hari terakhir, beliau muncul dalam sebuah rancangan terbitan RTM, sambil bermain piano allahyarhamah menyanyikan lagu ini. Penghayatannya amat jelas. Pada lirik lagu dan irama yang dialunkan, segalanya diluahkan demi menzahirkan kerinduannya terhadap Tan Sri P Ramlee.

Minggu lepas sewaktu minum petang di Saloma Bistro, berkali-kali aku memandang potret anak seni yang meninggal dunia pada usia 48 tahun. Aku tenung puas-puas wajah biduanita ini. Sesekali terfikir dengan aura dan nama yang dibawa sewaktu berada di puncak kegemilangan, Siapa sangka, Saloma terpinggir di penghujung hidup. Tidak banyak yang dilakukan untuk mengenang atau mengabadikan insan yang pernah menjulang nama Malaya dan Malaysia ini. Kisah dukanya menghadapi hari-hari kejatuhan masih tidak diceritakan. Kisah kesepian selepas kematian P. Ramlee dan pelbagai lagi yang masih tersirat.

Itu kisah Saloma.

Dan bagi aku pula, terdetik di hati, bagaimana selepas aku mati, pastinya tiada sesiapa yang akan peduli jauh sekali merindui kerana di kalangan orang yang pernah aku sayang, kehadiran aku hanya sekadar setitis embun pagi.......

Wednesday, October 21, 2009

Aku dan Rokok

Merokok membahayakan kesihatan, semua orang tahu. Bagi kaki rokok, selagi ada daya di situ ada kemahuan. Sejak 3 tahun lalu, undang-undang melarang premis awam seperti kompleks membeli belah, pusat riadah dan lain-lain, dijadikan tempat merokok. Satu tindakan yang bagus bagi mengekang tabiat ini. Tetapi apalah sangat, undang-undang tetap undang dan perokok tetap dengan rokok.

Bagi kaki merokok ada sahaja cara untuk melepaskan gian. Tempat yang paling baik adalah tandas....di rumah, tempat kerja, sekolah, kompleks membeli belah dan di mana sahaja, pasti ada tandas. Ini satu kelebihan bila gian naik ke kepala.

Sesetengah individu seperti aku, tabiat merokok sukar ditinggalkan. Bermula secara kecil-kecilan pada usia 14 tahun sehingga sekarang hampir mencecah 40 tahun, ia menjadi darah daging. Sekali sakit, masa tu nak berhenti tak dan dan, bila sihat lain pula cerita. Ada sahaja alasan untuk perasap.

Bagi mereka yang pernah berada di sekolah berasrama, tandaslah tempat yang selalu menjadi sasaran spot check. Ramai yang kantoi dan kena public canning. Sakit oooooiiiii kena sebat kat bontot. Sakit tak apa lagi, yang tak tahan surat guru disiplin melayang ke rumah. Ni yang tak best ni.

Semasa di SMAASZA dulu, ramai yang tak tahu aku merokok, tipsnya mudah bagi mereka yang tinggal di asrama, jangan kongsi rokok dengan kawan-kawan. Kalau gian sangat pergi belakang tempat yang orang takut..."berhantu" pasti selamat. Satu lagi simpan rokok kat kawasan terbiar, longgokan meja ker, celah surat khabar lama ker..cubalah. Jangan sesekali letakkan bawah bantal.Kalau kongsi ramai-ramai, satu kantoi semua kantoi. Selama 4 tahun saya terselamat....alhamdulillah. Tidak pernah dijemput untuk naik ke dewan untuk menerima anugerah rotan...tidak seperti John, sekarang Pendaftar Fakulti Undang-Undang UKM....banyak pingat ko dapat, bukan sarjan...tapi kolonel.

Akibat rokok di tandas juga ramai yang kena buang sekolah. Tengok macam Semut, Joe(Singkatan Jongang) dan Tom (Singkatan Tompel) kena pecat sekolah kerana degil hendak bercinta dengan rokok. Tapi kalau nama rezeki, siapa sangka kau orang tetap dapat masuk U...

Bila sambung belajar kat U, merokok tidak menjadi kesalahan, dah bebas, tukar citarasa dulu Dunhill, alih kepada Salem, lepas tu Marlboro . Rokok jugalah menemukan kawan yang sampai sekarang kami masih akrab. Yang pasti semasa di Kamsis F, tandas kami semua berasap terutama di keheningan pagi. Dari asrama sehinga ke flatlet. Sambil menunaikan hajat masing-masing menyalakan asap.

Tiga tahun lepas masa jumpa Wo Ann kat Alam Tamadun Melayu yang tgh buat phd, tandas juga jadi tempat kami melepaskan gian. Yerlah sekarang ni peraturan ketat. Dulu boleh main cak kun cap dgn pak guard dan mak guard...kejar mengejar, sekarang dah tua, tak sanggup lagi. Jadi tempat paling selamat adalah di tandas.

Dulu masa jadi orang gomen, tabiat yang sama. Hisap rokok kat tandas. Yerlah kita ni penjawat awam ramai yang dok tengok.

Tetapi yang ketara, merokok diharamkan di rumah. Bila orang tak ada tandas juga jadi pot. Yang tak best kena sound pasal bau...

Sekarang bila ada umah sendiri, tandas juga menjadi tempat best untuk merasa nikmat asap tembakau. Bagi mereka yang tak biasa jangan mencuba, kan nanti kena semput....kalau nak merasa kelainan apa salahnya. Tapi ingat, sendiri buat sendiri tanggung.

Sebenarnya, aku dalam proses berhenti merokok. Dah berkali-kali menanam tekad. Rasanya Dr. Rohaya dan Dr Roslan dari DSH dah jenuh menasihatkan aku, tapi ibarat mencurah air ke daun keladi. Pejam celik dah 2 bulan aku tidak beli rokok. Tetapi bukan bermakna aku berhenti merokok.

Mungkin aku mati kerana berpunca daripada kedegilan merokok? Wallahu a'lam.

Tuesday, October 20, 2009

Kehidupan

Bukan senang membuat perkara baik, tetapi mudah membuat perkara jahat. Satu frasa ayat yang ringkas tetapi tersirat seribu maksud yang mendalam. Aku cuba jadikan ia sebagai salah satu falsafah dalam mengharungi kehidupan.

Dalam menjalani liku hayat, selain iman menjadi pedoman, norma juga menjadi penunjuk arah agar tidak mudah sesat dek ona.

Di tahap sekarang aku amat bersyukur kerana masih bernafas, dapat mengecap nikmat kehidupan dengan penuh kesedarhanaan. Jika dibandingkan kelebihan akan banyak kekurangan. Jika dipusing sebaliknya, kita akan melihat banyak kelebihan di sebalik kekurangan.

Hakikatnya kita payah bersyukur dengan apa yang dikecapi. Dan untuk belajar mensyukuri nikmat, perlukah kita diuji?

Segalanya bergantung kepada qada' dan qadar yang ditentukan Nya. Setiap seorang daripada kita ada ujian tersendiri. Untuk membuktikan sejauh mana, makhluk bernama manusia menzahirkan dugaan, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan. Kerana segalanya akan kembali kepada rukun iman iaitu percayakan qada' dan qadar. Dalam ertikata ringkas, keutuhan terhadap ketentuan baik dan buruk yang disuratkan Allah.

Saturday, October 17, 2009

Kembali Beraksi

Membuat tugasan Ribut Ketsana dan Parma di Filipina awal bulan ini, bukan tugasan mudah. Segalanya mencabar mental dan fizikal. Tetapi ia tidak menghalang aku memberi hasil yang terbaik. Bagi aku bila melakukan tugasan di luar bukan bahasa, makanan dan faktor alam yang akan menghalang atau menimbulkan masalah.

Sebaliknya faktor kewangan. Ia amat mustahak. Aku diberitahu jam 7 pm untuk berlepas jam 7 am kesokan harinya (3 Oktober). Aku cuma mendapat wang petty cash rm 1200. Seciput itu aku perlu gunakan untuk bil telefon, makan dan transport. Penginapan? Aku terpaksa pakai Cik Citi. Menunggu duit syarikat masuk, haram ...sampai balik baru mereka bank in.

Ia menjadi perencah pahit manis bergelar wartawan. Bukan sekali aku berdepan dengan situasi yang mencabar. Dulu semasa di gempa bumi di Bantul, Jogjakarta, aku cuma ada duit poket rm 150 untuk buat coverage selama 7 hari. Menjadi wartawan di zon bencana, mendesak segala pengalaman digunapakai.

Aku olah kepahitan menjadi permata berharga. Ia menjadi pendorong dan bukannya pematah semangat. Kerana aku lahir sebagai wartawan dan Insya Allah akan mati sebagai wartawan.

Kepada pihak yang sudi memberi komen laporan aku yang disiarkan dalam Buletin 1.30 dan Buletin Utama, terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Kepada kawan-kawan di Fakulti Komunikasi UITM Alor Gajah, aku amat menghargai kerana sudi menjemput insan kerdil ini berkongsi cerita.


Aku gunakan segala kudrat untuk ke kawasan bencana yang terletak di pinggir Manila. Naik MRT, LRT dan Jeepney.


Aku tiba di Marikina City dalam jam 11 pagi. Bau busuk tiga kali lebih teruk berbanding lori sampah. Tetapi aku masih boleh tahan.


Hidung kembang kempis, tetapi atas nama tugasan, aku mesti lengkapkan laporan.



Ikutkan hati cuak hendak redah air yang telah bertakung lebih 5 hari. Tetapi kerja lebih penting dari segalanya


Hidup mula kembali seperti biasa, tetapi mangsa mengakui mereka tiada wang untuk membeli keperluan.


Restauran Malaysia terletak di depan ibu pejabat Philipine Airlines-PAL Building



Sekali aja aku makan di sini, selain harga mahal servis amat lembab.



Kenderaan ini aku gunakan untuk pergi Valenzuela City. Pungkok aku kematu sebab tidak ada kusyen dan keadaan jalan yang huru hara. Beg Nike menjadi kesayangan aku. Ia menjadi peneman aku semasa memasuki Gaza awal tahun ini. Selepas ini boleh lelong untuk amal.


Ini rumah penterjemah aku, Salleh. Insan yang banyak menolong aku walaupun dia hanya tahu bercakap Inggeris yang ringkas.



Percaya atau tidak, dengan ruang sekangkang kera, terdapat 16 ahli keluarga mendiami gubuk ini.



Wajah-wajah komuniti Islam di Malate, Manila City, kebanyakan mereka tidak mempunyai kerja tetap.



Di mana aku pergi, sebolehnya aku mengambil gambar dari sudut ini. Ia menyimpan seribu makna dan adakala membuatkan air mata menitis.

Wednesday, October 14, 2009

Bukan Tidak Faham Tapi Tak Reti

Mungkin sekali baca, tulisan ini bersifat emosi. Tetapi jika diberi peluang pada kedudukan aku, adakah mampu mereka memberikan reaksi yang cukup berhemah bila berdepan dengan situasi ini. Dengan status aku yang masih keseorangan, banyak sekali pertanyaan.

"Bila nak kahwin"?

"Sampai bila hendak hidup bujang"?

"Lupakan saja yang lama diakan dah kahwin"?

Ia antara soalan yang cukup membuat aku rasa tidak selesa dan merasa rimas. Paling aku benci bila pertanyaan ini dijadikan mukadimah perbualan. Asyik-asyik benda yang sama. Kalau nak sangat makan nasi minyak, aku boleh tempah yang paling baik dari K. Trg, tetapi jangan jadikan nasi minyak kiasan. Aku benci. Sesetengah tu yang menanya boleh pakai BMW 7 Series, set Louis Vutton (sekali pandang dah macam rimau bintang dari handbag, skarf dan kasut pakai LV)gelang emas sampai ke siku, kalau teringin sangat nak makan nasi minyak, bukannya tidak mampu nak tempah. Ini tidak, macam burung kelicap.

Pertanyaan sebegini membuatkan aku semakin jauh hati dengan sebahagian daripada ahli keluarga dan kaum kerabat. Sebaliknya aku lebih selesa dengan suku sakat sebelah mat salleh, kerana mereka tahu batas privacy. Paling tidak apabila bertemu, kami bersembang menjurus kepada isu semasa, kerjaya dan minat. Bukan nak jaga tepi kain orang dan sibuk nak menanya itu dan ini. Begitu juga dengan mereka yang di sekeliling, lebih baik tidak payah berkawan dengan mereka yang menyibuk hendak jadi pencari jodoh. Rumahtangga sendiri huru hara, sibuk nak jaga hal orang.

Di pejabat aku ada 2-3 orang. Aku dah lebel dan tidak akan mendekati mereka. Kalau kisah sensasi orang bercinta, putus tunang, cerai berai, dialah jadi dj kat corner. Ada satu tu nama aja kahwin, tapi kena tanggung laki. Tang aib diri sendiri tau diam, sebab berbelas tahun kena bagi nafkah zahir dan batin ke laki. Cukup masa beranak dan laki yang menjaga serta uruskan rumahtangga. Dunia terbalik kan. Ada tu sudahlah muka tak cantik, betis berkarat, ditambah lagi dengan peel yang jelik.....heeee. Bila agaknya spesis macam ni nak insaf.

Thursday, October 8, 2009

Jangan Bagi Muka

Aku begitu ghairah ke pejabat pagi tadi biarpun baru tiba dari Manila semalam. Sepatutnya aku aku mengambil pelepasan cuti tetapi atas nama komitmen, ketepikan itu semua, semata-mata ingin menyiapkan laporan khas.

Ia sebahagian realiti kerja sebagai wartawan yang telah menjadi darah daging aku selama ini. Namun segala yang aku impikan tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan jalanraya. Bak kata pepatah malang tidak berbau.




Kejadian berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) tidak jauh dari pejabat. Inilah bahana yang berlaku apabila pemandu tidak menguasai kereta. Sudahlah tahu bawa kereta perlahan, ambil lagi lorong kanan. Bila orang lain mencelok, panik dan brek mengejut kesudahan kereta aku yang dibelakang menjadi mangsa. Bermula dari kereta Charade yang dipandu awek Cina (kereta ini kemek siki aja), kemudian disondol aeroback yang dipandu perempuan India(beri alasan nak report kemudian sebab ada meeting.). Kereta ketiga, Perodua Kelisa dipandu amoi (seblur-blur alam). Aku kemudian menjadi kenderaan keempat.

Selama ini aku memang menyampah kalau orang Cina memandu kenderaan. Selain bawa sesuka hati, mereka ini jenis bangsat yang tidak tahu hormati undang-undang.

Aku menerima dengan tenang apa yang berlaku. Bagaimanapun sedikit demi sedikit kesabaran aku disimbah dengan kemarahan, kerana gelagat pemilik kereta yang aku sondol.

Baran aku semakin membuak sebentar tadi selepas pemilik kenderaan yang aku rempuh menelefon dan terus menelefon. Tujuannya hanya menanyakan sama ada aku telah buat laporan polis atau belum. Tidak cukup dengan itu bapa dia telefon dan marah-marah. Jawapan aku mudah.

Dia orang tidak ada hak untuk memiliki laporan polis yang aku buat. Kalau tidak percaya yang aku telah buat laporan, pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Trafik Selangor di Petaling Jaya. Tetapi si bapa yang tidak reti bahasa tetap berkeras hendak juga salinan. Alasannya masih sama. Maaf aku tidak percaya dengan alasan yang diberikan. Kali ini dia nak check sama ada laporan aku ada salah atau tidak. Aku yang semakin meradang suruh pergi sendiri, tetapi dia tahu yang dia tidak akan mendapat salinan berkenaan dan semakin bercakap kasar.

Kalau aku ini manusia tidak bertanggungjawab aku tidak akan beri call card. Kerana perempuan c#*%*&a ini kereta aku menjadi mangsa. Lain kali kalau nak bawa perlahan, sebelah kiri bukan sebelah kanan. Memang macam ini peel mereka yang memakan babi....selain suka menyusahkan orang, mereka jenis tidak reti bahasa. Dalam apa-apa hal mereka kiasu dalam ertikata mudah pentingkan diri sendiri.

Thursday, October 1, 2009

Masak-Masak

Aku telah kembali kepada rejim diet seperti yang sebelum ini. Di bulan Syawal, dugaannya amat ketara, semua makanan yang dihidangkan sedap-sedap. Aku tidak berenggang dengan tart nenas kesukaan aku. Ada masa sekali ngap sampai setengah balang. Pejam celik sejak Ramadan sehingga sekarang aku dah naik 3kg.

Aku tidak mengharapkan magic untuk kurus. Kekadang malas mendengar rungutan sesetengah orang.

" Aku nak turunkan berat badan, risau ah".

Tetapi di sebalik kata-kata itu, hampeh...makan masih tidak ingat dunia dan masih malas bersenam.

Sup Bawang antara kesukaan aku. Penyediaannya amat mudah selain ringkas untuk disajikan. Sup yang berasal dari Perancis ini berkhasiat dan mempunyai kalori yang rendah.

Resepi.

2 liter air rebusan ayam

2 batang saleri

2 batang lobak merah

Daun bay


Semua ini direbus dalam 15 minit. Semua bahan ini memberikan aroma dan tekstur yang menarik.

20 gram mentega

3 ulas bawang besar dimayang halus..lagi halus lagi bagus

Sesudu besar daun parsley dan lada hitam

Cara-caranya.



Rebus sayur-sayuran dengan stok ayam. Jangan lama sangat. Ia penting untuk dapatkan rasa dan aromatik.


Mayang bawang besar dengan sehalus mungkin. Ia bagi memastikan bila digoreng ia cepat layu.



Panaskan mentega dengan api yang perlahan. Jangan panas dengan api kuat dan jangan menunggu sehingga ia hangus. Bila dah cair masukkan bawang.



Masukkan bawang. Sebaiknya ia dileraikan satu persatu. Ia penting untuk memudahkan bawang digoreng secara serata.

Gorengan sampai bawang kekuningan dan menjadi separa pes. Jangan hangus kalau tidak rasanya akan lari. Ini memakan masa sikit. Lebih kurang dalam 20 minit.

Masukkan air rebusan sayur. Aku mesinkan lobak merah dan saleri dan kemudian tapis. Ia bagi memekatkan kuah. Masak dengan api perlahan dalam masa 45 minit dengan periuk tertutup. Selepas itu masukkan garam seckup rasa. Rasa manis datang dari bawang dan lobak merah. Sebelum tutup api masukkan daun parsley..aku pakai parsley flakes senang sbb boleh simpan dalam fridge. Penyudahnya kalau suka masukkan lada hitam.

Tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati makanan sihat. Kosnya murah. RM 12 untuk 4 orang makan.