Sunday, May 31, 2009

Notis Berhenti

"Aku akan tender notis berhenti esok, selepas rayuan untuk cuti sebulan ditolak. Seandainya kali ni tidak diterima lagi, aku akan berhenti dengan notis 24 jam".

Aku akan mendengar segala yang tersirat, aku ingin dia luahkan segala yang terbuku. Aku faham yang dia mungkin ada perancangan sendiri untuk bawa diri dari kemelut akibat ditipu orang yang paling dia sayang.

"GM suruh aku ambik cuti, tetapi bukan sekarang. Dia tidak tahu apa masalah aku dan aku tidak akan menceritakan kepada sesiapa apa yang aku alami. Kau tahu tak, di sini (Pick and Brew) kami jumpa beberapa bulan lalu. Dia beri aku harapan. Ini buktinya sambil membiarkan aku membaca sms berkenaan.
Aku merana kerana sayangkan seseorang. Aku akan mati kerana kecewa".

Aku tidak mahu bercakap banyak. Biarkan sahaja dia luahkan perasaan. Aku membuat kesimpulan @ hiptesis tersendiri mengenai masalah ini.

Kawan aku ditipu kerana pelbagai sebab.

Pertama, yang menipu memang ada yang lain dan keluar dengan kawan aku cuma untuk mengisi waktu.
Kedua, kawan aku cuma menjadi testimonial untuk menguji kesetian dan apa jadah lagi.

Ketiga, kawan aku hanya bertepuk sebelah tangan dan layanan yang diberikan si dia selama ini hanya sekadar manis di mulut.

Apapun, dalam erti kata lain kawan aku telah dipermainkan. Hati, perasaan, mental dan fizikalnya telah rosak dek permainan orang yang dia sayang.

Ada benda yang tersirat kenapa aku katakan demikian. Aku mendalami yang dia sekarang sedang berjuang tetapi apa yang berlaku menjejaskan semangatnya. Aku faham dia luahkan ini bukan untuk meminta simpati. Dia tidak akan mengemis jauh sekali dari merayu, apatah lagi selepas teruk dipermainkan. Dia ada maruah dan harga diri.

Bak kata dia.

"Selama ini aku hidup atas prinsip...Aku cuba menjadi manusia jujur, setia dan ikhlas tetapi pengalaman yang aku lalui seolah-olah mendorong dan mencabar aku untuk menjadi manusia yang baik. Mungkin takdir aku begini".

Friday, May 29, 2009

Berhenti Berharap

Berhenti Berharap
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita
Haa... Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti Semua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kisah Kawan

Tengahari tadi, sebaik habis solat Jumaat, pergi O'Brien. Jumpa kawan, ada sesuatu yang ingin dia ingin luahkan. Masih berkisar kisahnya yang ditipu.
"Aku datang pejabat sebab aku nak rayu mintak cuti tanpa gaji. Aku submit 3 hari lepas tapi GM tak bagi".

"Eh kau nak gi mana cuti lama-lama". Aku menanya.

"Entah aku sendiri tidak tahu, aku nak bawa diri..damage has been done. Untuk tempoh masa terdekat, aku lemah sangat untuk berada di KL. Jadi aku ingin back pack ke mana-mana, tapi bukan di sini. Aku ingin dapatkan semula kekuatan. Aku cuba terima kenyataan yang dia tidak menyayangi aku, mungkin bagi dia tidak pernah wujud perasaan itu. Aku yang terlebih menyayangi dia"

Aku lihat kudup mata dia yang semakin kuyu.

"Kau pergi mana semalam". Aku bertanya.

"Aku pergi ke Lumut dan selepas itu menghala entah ke mana-mana. Di mana rasa sesuai di situ aku tidur. Pagi tadi aku balik. Sejak insiden itu hari aku tidur tak sampai 10 jam. Aku bukan menyeksa diri tapi aku cuba terima hakikat, ini yang aku terima. Dia sms dan kata aku emosi lepas itu call aku. Yer aku emosi sebab aku terlalu sayang....sayang sangat, selama ini aku cuba perbaiki diri, mencari duit lebih demi dia.

Sekarang aku terima hakikat, sumber inspirasi yang selama ini aku puja tidak lebih hanya imaginasi. Aku makan hati. Aku ingin cuti dan pergi jauh dari sini...jauh, jauh".

Muka kawan aku semakin sedih, bebayang mata nampak hitam. Kau makan tak? Aku bertanya sebagai kawan.

"Aku makan, tapi tak selera.

"Aku masih teringat dia, setiap saat tak pernah lupa dan sekarang aku cuba melupakan dia kerana aku tahu bagi dia aku hanya objek bernama manusia".

Aku biarkan sahaja kawan aku meluahkan perasaan. Mungkin ini cara terbaik.

"Lepas ni kau nak gi mana lagi".

"Pejabat...kan aku dah cakap nal rayu diberi cuti tanpa gaji, aku perlukan masa. Saat macam ni aku terbayangkan superbike lama, best kalau ada dapat aku pecut laju-laju, lepaskan tension. Kalau apa-apa berlaku sekali jalan. Kaupun buat macam tu dulukan, suka pecut laju bila ada masalah".

Aku faham apa yang dia cakap kerana dulu aku lalui perasaan yang sama.

Hanya Irish Brew Coffee, itu yang menjadi hidangan kami, dia menolak untuk makan.

Perbualan kami tidak lama, kerana dia berkeras ingin ke pejabat untuk merayu supaya diberi cuti tanpa gaji. Aku tidak mampu menghalang. Apa yang aku khuatir, dia kembali ke perangai lama merokok, ganja dan lalok.

Aku harapkan, akan ada kekuatan dalam dirinya untuk lalui kekecewaan ini. Aku ingin lihat seri di mukanya bersinar kembali. Dia pernah berkawan dengan orang lain sebelum ini, tetapi tidak seistimewa yang ini. Aku faham, dia terlalu sayang tapi apa guna kalau dipermainkan.

Kata-kata, kau dengar lagu Sheila on 7, Berhenti Berharap yang diakhiri kalau kau tak jumpa aku lagi, sedekahkan aja al Fatehah, menyentap perasaan aku sebagai kawan.

Wednesday, May 27, 2009

Kisah Penipu

Sebaik habis kerja semalam, tergerak hati ingin ke gym. Macam biasa buatlah apa yang patut untuk buang saki baki lemak. Tidak lama work out kerana ada panggilan telefon.

Oh...dari seorang kawan. Ajak aku berjumpa, ada yang dia ingin luahkan.

Dengan cenoneng pergi Starbuck One Utama.

Muka Mamat ni sedih, ni mesti kes masalah peribadi @ rumahtangga.

Tanpa banyak mukadimah, dia menceritakan apa berlaku.

"Aku tak sangka sejak setahun kami berkenalan, dia selalu tipu aku. Dah dua bulan aku tak jumpa, call ada masa angkat dengan suara yang malas. SMS hantar hari ini minggu depan belum tentu reply".

"Dua minggu lepas dia kata ada event kat JB. Bila tanya sekali lagi dia kata ada treasure hunt. Aku pelik, tapi aku dah tahu apa yang sebenarnya dia buat. Masa tu tiba-tiba sms aku cakap miss u dan sebagainnya, tapi tu wayang".

"Habis kau tak gi cari dia kat pejabat"?. Tanya aku dengan perlahan.

"Dia dari dulu tidak bagi aku pergi pejabat dia. Kalau ajak keluar makan atau apa, kadang-kadang berjam tunggu kat parking".

Ok, apa yang berlaku, aku dah mula ghairah menanya dan kembali memegang watak penyiasat bebas..Lama tak buat crime dan investigative reporting, sekarang peluang kembangkan bakat.

"Sebelum ini dia pernah tipu aku, aku ada banyak bukti, even masa kami cuti di Johor Bahru, dia kata nak keluar dengan kawan-kawan lama. Aku tak sedap hati, aku pinjam kereta driver keluarga , aku ikut. Dia tak tahu. Aku tahu siapa kawan dia, apa yang dia buat".

"Bukan setakat itu, banyak gambar-gambar bukti yang aku kena kelentong, konon out station, pada hal ada agenda lain. Aku pernah terserempak dengan dia yang buat benda tak elok, muka lelaki tu macam p#&#m#k".

Habis apasal kau tunggu, aku tanya dengan nada ala-ala detektif.

"Sebab sayang".

Aku jawab, "BODOH"

"Hey brother kau bukan tak ada rupa, ada latar belakang keluarga kau jer merendah diri. Orang macam tu kau nak berkawan. Tu nama manusia lahanat, tak reti hargai apa yang kau buat. Kalau sekali dia menipu, maknanya berkali-kali dia akan menipu". Jawab aku dengan geram. Malas dah nak bagi nasihat tetapi kesian juga pada yang kena tipu.

"Kau tahu tak orang macam tu yang hendak hidup tanpa komitmen, kau tak layak berkawan, biar dia pergi mampus dengan dunia dia. Ho har sana, ho har sini, apasal kau nak sedih, ada banyak kau perabih kat dia. Tanya aku sambil berkongsi marah.

"Tak adalah sangat, perabih masa aku adalah".

"Ok macam ni jer. Kau tahu dia memang tak guna, jadi tak payah nak berkawan, aku nasihatkan kau pandang mukapun tak payah, kalau terserempak, kau anggap apa yang ada depan atau sebelah kau batang besi ke, tiang elektrik ker, kalau rasa marah sangat, anggap yang depan kau anjing, babi atau biawak..ok".

Satu aku minta dengan kau, jangan dendam. Please, biarlah karma yang membalas.

Kawan aku mengangguk.

Aku geram dengan kisah macam ni. Penipu ada di mana-mana, bercakap baik, kalau tanya mesti ada alasan yang bagus walaupun x ada logik. Kerana kesian kat member, aku yang terlebih marah sehingga keluarlah kata-kata sarkastik.

"Pergi jahanam penipu".

Member terlopong.

"Kenapa kau marah sangat"?

"Sebab aku tidak suka ditipu".

Sembang kami tidak lama kerana aku kena balik ke pejabat. Habis Frapuccino, aku beredar.

Sambil berjalan, aku harap kawan aku tidak lagi ditipu.

Kesian kat member ni, kami sebaya, kadang-kadang ramai yang mengambil kesempatan sebab dia mudah percaya orang. Itu kelemahan dia, mungkin sudah tiba masa dia naikkan prejudis pada orang sekeliling.

Aku kesian, sebab dulu akibat percayakan isteri , akhirnya dia ditinggalkan. Pernah jadi macam bangkai hidup, nasib baik tak lama.

Kepada penipu, hari ini mungkina rasa puas kenakan orang lain, jangan lupa dunia ni bulat, kita tidak tahu, even satu saat di hadapan apa yang akan berlaku. Penipu tidak akan selamanya bahagia.

Saturday, May 23, 2009

Datang & Pergi

Kata ini akan saya jadikan sempadan, betapa di sekeliling ada sahaja mereka yang ingin mengambil kesempatan.

"Dulu masa saya hendak bawa awak balik ke TV3, macam-macam orang cakap, awak agresif. Susah handle. I kata tak apa, saya tahu nak handle. Selepas 2 tahun dekat foreign saya tidak nampak ada masalah. Awak buat kerja".

Itu kata-kata Datuk Kamarul Zaman Zainal, Ketua Pengarah Berita Kumpulan Media Prima Berhad, sewaktu saya bersembang.

Datuk Kamarul Zaman atau lebih mesra Datuk K, saya anggap sebagai mentor, insan yang banyak membantu ketika saya dihumban dengan hasad dengki dan kejahatan rakan setugas. Selama ini saya terima dengan tangan terbuka terhadap sebarang teguran.

Beliau yang bersama-sama saya sewaktu menunaikan umrah, memberi 1001 kata perangsang. Sayang sekali manusia sebaik ini, terpaksa beredar keluar dari Bilik Berita dan Ehwal Semasa.

Itulah sepak terajang dunia media di negara ini, segalanya tertakluk kepada pucuk pimpinan. Nasihat beliau, supaya saya teruskan yang terbaik akan dilaksanakan. Demi profesionalisme, saya akan akur kepada siapa sahaja yang menjadi ketua. Tetapi jasa dan budi baik Datuk K, Allah sahaja yang dapat membalas. Ingatan murni akan dibawa semadi ke liang lahad.

Paling ketara sekarang, kaki ampu dah mula pasang strategi. Ada juga yang dah mula panas bontot. Sebab tidak tahu apa nak jadi.

Kepada Allah, aku berserah, lindungilah diri hambaMu dari fitnah dan kejahatan duniawi.

Semoga di bawah regim baru, aku terus diberi peluang untuk membuat liputan berita luar negara, khususnya ke zon konflik. Ikrarku hanya satu "Hidup dan Mati Sebagai Journalist"

Sendiri


Secara kebetulan lagu ini bermain di fikiran. Ketika orang lain lena...jam 4 pagi aku masih termenung. Senikatanya mendalam sekali. Ia dinyanyikan Tiitiek Puspa dan kemudian Dahlan Zainuddin. Apapun aku redha kalau ia menjadi sebahagian perjalanan hidup. Senikatanya menggambarkan natijah jiwa ini.

Sendiri
Kini aku sendiri lagi
Entah susah entah hati pedih
Tak peduli

Sendiri
Mungkin lebih baik begini
Tak peduli apa kata hati

Biarkan
Di mana aku berada
Jangan datang kirim salam
Tanda cinta

Kututup
Mata dan hati untuk cinta
Kerana antara dikau dan aku
Telah terlarang
Parah cinta

( korus 1 )
Masih terbayang dalam ingatanku
Waktu kau mengambil keputusan ku
Kau pergi dengan wajah penuh duka
Kau bisikkan kau tetap menyintai

Sendiri
Berteman pedih dan airmata
Bercumbu dengan duka nestapa
Dan merana

Mengapa
Harus terlambat kita berjumpa
Demikian pernah kau ucapkan
Dengan derai airmata

( korus 2 )
Dulu segalanya indah bercahaya
Kini hamba pujaan tiada warna
Dahulu penuh manja tawar dia
Kini bisu membeku dan sedih
Lara

!Oh sendiri
!Sendiri
! Sendiri...
Bertambah sebak bila dengar lagu Patah Hati, nyanyian Sudirman, betapa kerana cinta manusia hilang kewarasan. Manusia bijak boleh jadi bodoh, yang cerdik hilang akal, yang gemuk jadi kurus, kurus jadi gemuk. Paling teruk derita bawa ke mati. Entahlah bukan aku seorang yang lalui perkara ini. Ramai lagi, cerita sama bebanan berbeza.

Tuesday, May 12, 2009

Lepas Marah

Keadaan persekitaran, adakala penuh dengan tekanan. Saya akui, kebelakangan ini mutu kerja tidak sebaik sebelum ini. Bukan fokus yang lari, tetapi terdapat sesuatu yang tidak mungkin diwadahkan di sini.

Pada masa tertentu saya bekerja 7 hari seminggu, ia kepuasan yang dicipta, untuk mengecualikan diri daripada situasi semasa. Itu pandangan saya. Tetapi bagi orang lain, ada saja yang tidak kena. Biarkan mereka. Paling penting saya bekerja bukan untuk jadi mengampu. Ikhtiar demi sesuap nasi, mencari rezeki yang halal.

Saya cuba menggelak daripada menganggu busut berhantu. Biarlah mereka terus menjadi puaka. Tetapi kalau puaka sampai bila-bila akan terus jadi celaka. Menyakitkan hati orang lain bukan sahaja dengan kata-kata tetapi adakalanya tidak reti bahasa. Sayang perempuan tidak lagi mempunyai kewanitaan kerana terdorong untuk menjadi betina.
Pengalaman ini adakala menambah darjah kemarahan terhadap perempuan bermulut jahat. Tetapi kerja tetap kerja. Jangan sesekali campuri kerja dengan urusan peribadi. Persoalannya sampai bila?

bercuti mampu hilangkan tekanan

Saya terus diserang dengan umpatan. Biarlah sebab yang mencanang memang dikenali bermulut jahat. Semoga Tuhan memberi taufik dan hidayah sebagai pengajaran. Hanya blog ini menjadi laman untuk melepaskan rasa terkilan dan kemarahan kepada yang berkenaan. Tidak guna berdepan untuk menegur, kerana al maklum minah ini bukan spesis yang mengaku kelemahan diri.

Friday, May 1, 2009

Senang Begini

Entah apa maksud yang tersirat, ramai yang cuba menceroboh ruang privasi sejak akhir-akhir ini. Kesian sungguh mereka, selain masalah sendiri, terpaksa fikir hal orang lain. Dari satu sudut, saya beruntung, kerana masih ada yang mengambil berat. Dalam satu segi yang lain, saya boleh berkata, kenapa menyibuk menjaga hal peribadi @ tepi kain orang.


Akhirnya aku terima hakikat sepi itu indah




Cinta datang dan pergi tetapi kasih sejati dibawa ke mati

Bukan saya memilih untuk sendirian, tetapi ini takdir. Bila jawab macam ini, adalah hujah Pak Pandir dan Mak Andir.

"Habis kau tak mencuba, macamana nak jumpa".

Untuk senang cerita, jangan jawab, paling tidak senyum simpul. Adakah si mulut cabul tu mengerti dan cuba memahami apa yang dilalui. Perlukah diceritakan kisah-kisah peribadi yang lalu. Setiap orang mempunyai perwatakan dan corak pemikiran berbeza. Ini yang akan menentukan nilai dan persepsi.

Sesetengah tu kalau cakap orang putih bukan main berabut. Tetapi sayang pemikiran, tidak sampai ke tahap itu. Bila berkumpul, tengok orang tidak kahwin, mula buat analisa. Tanpa pucuk kelapa ketupatpun dianyam. Bila kata minda kampung, marah. Paling best perbincangan membabitkan spesis lelaki yang perasan kononnya dialah makhluk sempurna di alam ini.

"Wei ko umur dah dekat 40 tak kahwin lagi. Anu kau simpan buat apa?. Tak berfungsi ker".

"Tengok aku ada bini ada anak. Hidup terurus tak macam ko. Bila tua ada orang jaga".

Itu beberapa dialog yang kedengaran di pejabat dan di mana sahaja. Indah mulut berkata-kata. Sebenarnya mereka riak dan takabur. Lupa yang ajal maut, rezeki dan jodoh bukan urusan manusia. Mereka tidak mengambil iktabar, berbanding orang yang tidak kahwin, ramai daripada penghuni rumah kebajikan sekarang terdiri daripada warga emas yang dipinggirkan anak-anak. Jadi bila bercakap tu, ingat-ingat sikit. Segalanya harus di sisi Allah.


Aku bukan budak hingusan

Bila kena batang hidung, bergaduh laki bini, kecoh sepejabat, tau marah bila orang lain bercerita. Tetapi kalau kisah orang, tak cukup "office hour"nak bercerita. Itulah lumrah manusia.

Selepas beberapa episod, saya belajar terima hakikat, tidak semua hidup akan berakhir dalam satu bentuk hubungan yang menyatukan dua insan. Begitu juga perkahwinan. Apa guna berkahwin, jika sekadar memenuhi kehendak orang lain. Apa guna berpasangan jika tiada penghujung. Banyak kisah yang boleh dijadikan teladan. Yang paling best, ada seorang kawan, dulu mengutuk sebab saya masih sendirian, bila bergaduh dengan laki dan turun naik ke pejabat kaunselor, tahu cari manusia yang menjadi sisa air mulutnya untuk luahkan perasaan dan dapatkan pandangan.

Kebelakangan ini, sedara mara yang selama ini tenggelam timbulpun mula menanya. Sibuk nak mencadangkan si A, si B dan sebagainya. Minta maaf tawaran tender telah ditutup. Dulu kalian pernah perlekehkan Kay. Perpisahan kami menjadi bahan umpatan dan sindiran. Walau selepas 11 tahun, nada sinis masih terngiang-ngiang.

Setiap individu, kisahnya berbeza. Biarlah saya begini dan setiap hari yang mendatang akan dilalui dengan tabah. Satu ketika dahulu mungkin saya pernah meminta simpati untuk dikasihani, tetapi tidak lagi pada hari ini.

Cukuplah apa yang dialami. Babak demi babak sebenarnya amat menyakitkan. Begitu juga kepada penyibuk fahamilah batas privasi orang lain.

Bagi mereka yang pernah hadir dalam diari hidup, terima kasih, kerana mendampingi insan ini hanya untuk memenuhi waktu dan kekosongan, sedangkan aku mengharapkan keikhlasan dan kasih sayang. Sedih komitmen yang diberi langsung tidak dihargai. Terima kasih akhirnya masa telah membuktikan walaupun pada mulanya sangsi dengan kebenaran kalam. Hakikatnya, kenaifan dipermainkan. Drama yang dipentaskan tidak berpanjangan, ia telah berakhir, dan aku lebih senang begini.