Jumaat lalu bagaikan mendapat rahmat apabila aku menerima undangan. Bersama 7 rakan setugas kami dijemput makan tengahari di JW Marriot. Lebih meriah Tun M menjadi tetamu kehormat majlis Women's Role In Nation Building yang dinaungi NAM Institute For The Empowerment of Women.
Siang tadi segala yang dimpikan menjadi realiti. Harapan aku selama ini untuk mendapat autograf Tun M pada buku mutakhir beliau, akhirnya tercapai.
Lama tak makan salmon, tapi tak sesedap sangat. Daripada 5 aku bagi 3.Apple pie ini tiada apa yang istimewa. Rasanya kalau emak Mimi Aryani (kawan masa kat U dulu) buat lagi mengancam.
Dulu ada orang pinjam buku ni. Apa nak buat bila tidak dipulangkan. Kira sedekahlah. Aku cari dan beli satu lagi. Mula-mula pergi Borders tapi dah habis. Kemudian ke MPH di The Curve nasib baik tinggal satu aja.
Akhirnya tercapai, aku dapat autograf Tun M. Yahoooooooooooooooooooooooo.
wow teruja aku , bukan senag nak dapat autograf tun ni
ReplyDelete