Aku tekad hati walaupun bisikan iblis bergumandang dengan memainkan persoalan, " sudah sediakah aku" Pedulikan, kerana itu memang kerja makhluk jahanam yang berikrar ingin terus melekakan anak Adam.
Pertama kali menjejakkan kaki sebagai tetamu Illahi, aku terlalu takjub. Kesempatan berada di Multazam, mulut tidak pernah terhenti berkumit doa. Satu persatu ku panjatkan harapan. Pastinya untuk keluarga, saudara dan rakan kaulan.
Biarlah Tasik Raban berubah. Cintaku bersemadi di sini.
Ketika itu, dengan penuh khusyuk mendoakan ditemukan pasangan hidup. Satu persatu air mata berjujuran. Aku inginkan seseorang untuk mengantikan tempat Kay. Ku ingin bahagia seperti orang lain. Simpuhan insan kerdil di hadapan Kaabah berpanjangan. Dengan kesempatan yang hadir, satu persatu ku pohon.
Tidak terkecuali Kay. Kita memang tiada jodoh. Untuk insan yang pernah memenangi hati, kita terpaksa membawa arah selepas berkongsi cinta. Ketika itu tidak henti ku doakan kebahagian kau, sehinggakan terleka.
Usak air menyimpan 1001 kenangan. Jika mati mataku terpejam rapat, kerana sempat kembali ke sini.
Kali ini aku kembali lagi ke rumah Allah. Pastinya kau termasuk dalam kategori insan yang istimewa. Tiada niat untuk merubah arus bahagia kau, sebaliknya, akan ku pohon kepada al Khalik, semoga kau bahagia selamanya.
Untuk diriku, hanya Allah Maha Mengetahui. Mungkin jodohku telah mati.
Ramai yang meneka dan menafsir pendirianku untuk sendirian. Hakikatnya mereka tidak mengetahui apa, cuma untuk menyedapkan kalam lidah untuk ke neraka. Biarkanlah, kalau itu tabie mereka.
Cakaplah, tohmahlah dan tuduhlah kerana aku tetap aku. Selain Allah, hanya aku yang mengenali diriku yang sebenar.
Ya Allah, aku rindu padamu. Kerinduan itu sekali lagi membawa ku kelana di rumahMu.
Pengalaman di Gaza, memberi aku seribu kekuatan. Akan ku munajat untuk kembali ke sini lagi.
Seandainya tiba ketika dijemput pulang, ingin sekali disemadikan di tanah suci ini. Jauh daripada mereka yang menyakitiku.
No comments:
Post a Comment