Thursday, April 30, 2009

Jalan Pulang

Tiada yang syahdu dan indah selain menjejaki kaki ke Tanah Haram Mekah. Perjalanan lebih 8 jam 45 minit berakhir sebaik menjejaki kaki di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Ia menjadi permulaan ibadat umrah yang menguji bukan sahaja kekuatan mental dan iman tetapi fizikal.

Saya bersyukur kerana segalanya berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Alhamdulillah, setakat yang dilakukan dari niat di miqat sehingga tawaf wida' tiada apa yang melanggar syarat atau melakukan yang makruh. Selebihnya biar Allah yang menilai. Kita hanya insan kerdil yang tertakluk untuk menuruti perintah dan melaksanakan tuntutan. Selebihnya Allah yang menentukan.


Bukan mudah untuk menyakinkan diri pergi melaksanakan ibadat ini. Hidup yang terpalit dengan sejarah hitam dan terhumban ke lembah maksiat adakalanya menjadi bayang yang menggerikan. Acapkali bisikan Sang Syaitan meminta, memujuk dan merayu supaya niat murni ini dibatalkan, tetapi kuasa Khalik tiada siapa dapat menghalang dan 18 hb April 2009 sebagaimana tertulis di Loh Mahfuz, sekali lagi saya menjadi tetamu Allah.



Secara logik selepas dikira conggak, apa lagi dan hendak tunggu dan sampai bila? Di atas rasional itu, saya tekadkan kata dan kuatkan niat, yang masanya sudah sampai untuk mengunjungi Baitullah.

Saya mengaku, sejak berpisah dengan Kay, hidup diseliputi noda dan dosa. Tetapi saya percaya Allah Maha Mengetahui. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, cuma kita yang alpa dek rasa. Mungkin juga di kala diuji kita merajakan nestapa, sehingga lupa nilai yang tersirat.

Tika ingin berangkat, sebenarnya saya menangis di dalam hati, tiada siapa menghantar wai ma ahli keluarga. Saya sebenarnya pergi ke Mekah seperti berkelana sebatang kara. Di sebalik lontaran kuntuman senyuman rakan serombongan, naluri terasa sepi. Perasaan itu tetiba datang.





Kesempatan bersendirian jauh dari suasana pejabat, deringan telefon dan sms, memberi ruang untuk bermuhasabah. Ruang untuk perbaiki diri. Selesai tawaf dan sejurus selepas bertelingkuh di Multazam, air mata berjujuran, mengakui kesilapan dan tekad untuk berubah. Perasaan kesal dan bersalah tidak henti mengujungi sanubari. Kekesalan datang menyimbah diri. Sebolehnya cuba bulatkan tekad, melaksanakan ibadat wajib, khususnya mencukupi ibadat solat 5 kali sehari. Yang lepas biarlah berlalu, kesilapan menjadi sempadan dan yang baik menjadi teladan.

Friday, April 17, 2009

Perjalananku

Esok, insya Allah aku akan memulakan perjalanan ke Tanah Suci. Memulakan ibadat umrah untuk kali kedua. Lapan tahun lalu, aku pernah ke sana, tetapi ketika itu atas alasan kerja. Tetapi kali ini, tiada lagi tugasan yang bakal menganggu tumpuan.

Aku tekad hati walaupun bisikan iblis bergumandang dengan memainkan persoalan, " sudah sediakah aku" Pedulikan, kerana itu memang kerja makhluk jahanam yang berikrar ingin terus melekakan anak Adam.

Pertama kali menjejakkan kaki sebagai tetamu Illahi, aku terlalu takjub. Kesempatan berada di Multazam, mulut tidak pernah terhenti berkumit doa. Satu persatu ku panjatkan harapan. Pastinya untuk keluarga, saudara dan rakan kaulan.













Biarlah Tasik Raban berubah. Cintaku bersemadi di sini.



Ketika itu, dengan penuh khusyuk mendoakan ditemukan pasangan hidup. Satu persatu air mata berjujuran. Aku inginkan seseorang untuk mengantikan tempat Kay. Ku ingin bahagia seperti orang lain. Simpuhan insan kerdil di hadapan Kaabah berpanjangan. Dengan kesempatan yang hadir, satu persatu ku pohon.

Tidak terkecuali Kay. Kita memang tiada jodoh. Untuk insan yang pernah memenangi hati, kita terpaksa membawa arah selepas berkongsi cinta. Ketika itu tidak henti ku doakan kebahagian kau, sehinggakan terleka.











Usak air menyimpan 1001 kenangan. Jika mati mataku terpejam rapat, kerana sempat kembali ke sini.


Kali ini aku kembali lagi ke rumah Allah. Pastinya kau termasuk dalam kategori insan yang istimewa. Tiada niat untuk merubah arus bahagia kau, sebaliknya, akan ku pohon kepada al Khalik, semoga kau bahagia selamanya.

Untuk diriku, hanya Allah Maha Mengetahui. Mungkin jodohku telah mati.

Ramai yang meneka dan menafsir pendirianku untuk sendirian. Hakikatnya mereka tidak mengetahui apa, cuma untuk menyedapkan kalam lidah untuk ke neraka. Biarkanlah, kalau itu tabie mereka.

Cakaplah, tohmahlah dan tuduhlah kerana aku tetap aku. Selain Allah, hanya aku yang mengenali diriku yang sebenar.

Ya Allah, aku rindu padamu. Kerinduan itu sekali lagi membawa ku kelana di rumahMu.












Pengalaman di Gaza, memberi aku seribu kekuatan. Akan ku munajat untuk kembali ke sini lagi.



Seandainya tiba ketika dijemput pulang, ingin sekali disemadikan di tanah suci ini. Jauh daripada mereka yang menyakitiku.

Wednesday, April 1, 2009

Jangan Sesekali Lupa

Perlantikan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteria baru Israel dijangka tidak banyak mengubah dasar ganas Yahudi.

Ketika memenangi undi di knesset atau parlimen, secara diplomasi beliau cuba berdrama dengan memuji tamadun dan kebudayaan Islam. Secara munafik cuba menzahirkan kekaguman tetapi tidak lama selepas itu, secara lantang meminta negara Islam menjauhi semangat melampau. Realiti yang berlaku, siapa melampau dan siapa pelampau.

Pemimpin yang berusia 59 tahun ini sepatutnya muhasabah, siapakan yang merosakkan Perjanjian Oslo...sekaligus membantutkan pembentukan sebuah negara yang bernama Palestin. Pastinya beliau. Sepanjang sejarah umat Israel, sebenarnya tiada istilah kejujuran. Lantaran itu sejarah membuktikan dengan sikap kecelakaan dan keangkuhan zionisma menjadikan bangsa ini hina di kaca mata Tuhan.

Mengapa Netanyahu berterusan melebelkan Iran sebagai negara pelampau? Tidak Arab Saudi, Jordan, Mesir, Kuwait dan lain lagi. Jawapannya mudah, pengikut mazhab Syiah tidak pernah bertolak ansur terhadap pencabulan dan kebaculan Yahudi terhadap umat Islam. Di mana maruah kita sebagai pengikut ahlu sunnah jika terus membiarkan saban detik pembunuhan dan penjarahan ke atas bumi suci berterusan.

Dalam majlis perlantikan yang berlangsung di kediaman presiden petang tadi, Netanyahu yang pernah menyandang jawatan sama sebelum ini, tidak membayangkan sebarang usaha ke arah penyelesaian terhadap konflik serantau. Hakikatnya, siapapun yang memimpin, Zionisma tetap menjadi tunjang mereka. Ia bermakna, hanya bangsa Yahudi yang didakwa bangsa pilihan Tuhan yang layak meneraju muka bumi. Bangsa selain daripada mereka, tidak ubah seperti anjing kurap.