Tuesday, March 17, 2009

Di Mana Silapnya

Krisis Asia Barat tidak pernah berpenghujung. Ia bukan isu berabad tetapi telah beralaf, sejak manusia mengenal erti iri hati. Di bumi anbiya' ini, pelbagai kisah diabadikan bukan sahaja pada kitab suci malah pada mural bangunan. Perebutan Tanah Suci bukan sahaja menyaksikan pertembungan Yahudi, Kristian dan Islam, tetapi ia pernah dijajah Romawi yang menganut agama pagan.

Selepas lebih 5 ribu tahun kisah tamadun manusia dirakam dan dikesan, tatkala sebahagian muka bumi yang lain menikmati kemakmuran, pergolakan tidak pernah reda di sini. Sebahagian anbiya' yang di sebut dalam Taurat, Injil dan al Quran sinonim dengan Asia Barat.

Ironinya dengan utusan Tuhan yang tidak pernah berakhir sehinggalah kepada Khatamul Anbiya' Muhamad Ibnu Abdullah, bumi suci ini masih bergolak.

Apakah hikmah di sebalik ini semua?

Ada sesuatu yang perlu kita renungkan...Insya Allah di atas permintaan kawan-kawan akan saya kongsi pengalaman sepanjang berada di bumi Gaza.

1 comment:

  1. Romawi yang menganut agama pagan apa tu bang agama apa ekh?.

    ReplyDelete